web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDN Sasar Selesai 10,000 Permohonan Kewarganegaraan Hujung Tahun, Jadi Pemudahcara – Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 10:37PM

Selain daripada prinsip Perlembagaan, kedaulatan dan keselamatan, KDN juga akan memberikan pertimbangan kepada prinsip kemanusiaan serta ihsan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasar untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 10,000 permohonan kewarganegaraan hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau dan pasukannya di kementerian itu juga memberi komitmen penuh sebagai pemudahcara bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya, ia susulan pihaknya menerima pelbagai rintihan daripada rakyat sama ada secara terus kepada beliau atau ditulis di media sosial, berhubung isu permohonan kewarganegaraan mereka yang belum selesai.

“Datuk, mohon bantu permohonan pengenalan diri kami. Anak-anak mahu belajar, masuk hospital, kahwin, kerja semua payah Datuk. Minta tolong sangat.

“Saya faham, saya juga ada anak-anak, keluarga, rakan, maka sekiranya saya di tempat mereka saya juga gundah gulana berdepan kesukaran sebegini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, KDN akan memastikan penyelesaian permohonan itu dibuat pihaknya berpandukan beberapa prinsip penting secara menyeluruh.

Jelasnya, selain daripada prinsip Perlembagaan, kedaulatan dan keselamatan, kementeriannya juga akan memberikan pertimbangan kepada prinsip kemanusiaan serta ihsan.

Semua prinsip itu, katanya, menjadi komponen tonggak di bawah konsep Malaysia Madani diperkenalkan pentadbiran kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sepanjang saya menerajui KDN, kementerian ini sudah memberikan pertimbangan keputusan kepada 4,297 permohonan kewarganegaraan bagi pelbagai perkara di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Saifuddin berkata, bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Peringkat Negeri Sarawak Bil.1/2023 di Kuching, Sarawak dihadirinya hari ini, beliau menyerahkan surat penganugerahan taraf kewarganegaraan Malaysia kepada 40 orang, termasuk kanak-kanak di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

“Melalui mesyuarat tadi juga, kita sudah menyelesaikan 146 kes permohonan kewarganegaraan kanak-kanak di bawah 21 tahun bagi Sarawak.

“Insya Allah, saya dan pasukan KDN memberi komitmen penuh sebagai pemudahcara bagi menyelesaikan isu ini,” katanya.

Usaha itu dilihat bertepatan dengan komitmen Perdana Menteri dalam memperjuangkan dan menjamin hak setiap warganegara di Malaysia, seterusnya mengelakkan wujud diskriminasi.

Anwar pada sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sebelum ini memberi jaminan, kerajaan yang dibentuknya tidak akan bertolak ansur dalam menjamin hak kewarganegaraan, peluang mengiktiraf hak semua kaum, agama dan wilayah di Malaysia. – Getaran, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran