web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beg Sekolah Berat: KPM Akan Tukar Buku Teks Fizikal Kepada Digital

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 1:19PM

Antara inisiatif lain yang dilaksana ialah, penyediaan lokar sekolah rendah untuk semua murid Tahap 1 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) masih meneruskan usaha menukarkan bahan sistem pendidikan termasuk daripada buku teks fizikal kepada digital, bagi menangani isu beg berat dalam kalangan murid.

 Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying bagaimanapun berkata usaha itu agak terhad, dengan mengambil kira pemilikan peranti digital dalam kalangan murid dan ketersediaan capaian internet di sekolah-sekolah di seluruh negara.

“Pada masa kini KPM telah memuat naik 754 buku teks digital dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa),” katanya ketika menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) di Dewan Rakyat hari ini, yang mahu tahu langkah kerajaan dalam menangani isu tersebut. 

Lim berkata antara inisiatif lain yang dilaksana ialah, penyediaan lokar sekolah rendah untuk semua murid Tahap 1 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi, selain mengehadkan bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran.

Beliau berkata insiatif lain ialah menerbitkan buku teks secara berterusan, penyusunan semula jadual waktu bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara optimum, dengan memperuntukkan masa bagi melaksanakan pendekatan modular dan bertema.

Lim berkata pihaknya juga bekerjasama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing, semasa sesi persekolahan Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).

Menjawab soalan tambahan  Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) berhubung smart classroom, Lim berkata KPM menyasarkan untuk menyediakan 3,800 unit projektor di sekolah seluruh negara pada tahun hadapan, bagi menyediakan suasana PdP yang lebih berkesan dan efektif. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad