web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Tidak Campur Tangan Urusan SPRM Libatkan Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 12:58PM

Anwar berkata tindakan SPRM memanggil Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hari ini untuk siasatan adalah di bawah bidang kuasa agensi berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak campur tangan dalam urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tindakan SPRM memanggil Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hari ini untuk siasatan adalah di bawah bidang kuasa agensi berkenaan walaupun semua agensi termasuk Pejabat Peguam Negara telah diarahkan untuk melihat kepada semua kes yang berkaitaan rasuah.

“Tengok kes, apa pendakwaannya, apa pertuduhannya belum tahu apa keputusan. Setakat ini hanya dia (Muhyiddin) dipanggil tetapi untuk mengatakan semua kes yang kita ambil (tindakan) itu ada motif politik itu maknanya tak bolehlah tangkap, maknanya kes rasuah lain yang besar-besar semua lepas.

"Sebab itu saya kata kena lihat dulu ada kes ke tidak. Ini urusan SPRM sampai sekarang saya tidak tahu apa akhirnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Anwar juga menegaskan semua kes harus dilihat satu persatu untuk melihat sama ada wujud pendakwaan politik seperti yang didakwa segelintir pihak atau berdasarkan fakta dalam memastikan negara ini bersih daripada amalan rasuah.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan pendakwaan kes SPRM melibatkan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan projek tebatan banjir adalah berdasarkan dokumen Kementerian Kewangan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan tindakan SPRM memanggil Muhyiddin bermotifkan politik.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu tiba di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya 11.15 pagi ini.

SPRM pada bulan lepas telah membekukan akaun Bersatu selain beberapa individu telah didakwa di mahkamah berkaitan projek program Jana Wibawa.

Sementara itu, mengenai isu surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan UMNO agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini, Anwar yang juga Presiden PKR berkata peruntukan undang-undang memberi kuasa kepada RoS untuk mengemukakan sesuatu perkara kepada menteri berkaitan.

Ditanya sama ada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengatasi keputusan RoS,  Anwar berkata, "di Jabatan Perdana Menteri, adakalanya saya override (mengatasi) keputusan umpamanya dahulu pegawai diarah untuk memberi kontrak secara rundingan terus, saya mengatasi (keputusan itu) kerana saya fikir lebih baik kita gunakan proses tender supaya lebih telus." 

Semalam, Saifuddin berkata keputusan memberi pengecualian kepada UMNO mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung pemilihan parti itu adalah terpakai.

KDN memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan parti itu tahun ini.

Pengecualian itu diberi mengikut Seksyen 70 akta berkenaan yang memperuntukkan menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta 832. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad