web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Boleh Berkarya Di Media Sosial, Cuma Jangan Sentuh Sensitiviti 3R - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 7:00AM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah menghalang kebebasan orang ramai untuk berkarya dan mengekspresikan diri melalui kandungan kreatif di platform media sosial selagi ia tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja).

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata walaupun begitu, pihaknya dengan kerjasama penyedia platform media sosial terus melakukan pemantauan bagi memastikan kandungan yang menyentuh 3R tidak tersebar.

“Dalam bab keselamatan awam, sekiranya berlaku kacau ganggu dalam khalayak ramai atau ada masalah sebaran ajaran sesat, ekstremisme militan dan keganasan memang kerajaan akan ambil tindakan yang pantas.

“Di Malaysia, kita tidak menghalang orang untuk berkarya, berekspresi atau bersuara tetapi kita ada undang-undang, adab serta budaya … Penting untuk kita ingat walaupun kita ada hak untuk bersuara, tetapi kita tidak ada hak untuk menyebar fitnah dan maklumat palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan KNKV Viral Award dan majlis penjenamaan semula KNKV Group di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata pihaknya terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia (MCMC) tidak selalunya meminta penyedia platform media sosial untuk menurunkan sesuatu kandungan, kecuali jika ia mendapat aduan orang ramai atau dikesan menyentuh mengenai 3R.

“Hampir 95 peratus daripada kandungan jika diturunkan adalah disebabkan pembuat kandungan itu melanggar panduan komuniti (yang ditetapkan penyedia platform).

“Malah, jika berlaku berulang kali, platform itu sendiri akan menutup akaun tersebut,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 7 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad