Berita Terkini

2 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 3 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 3 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 3 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 3 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Selepas 9 Tahun, Misteri MH370 Kekal Tidak Terungkai

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 7:00AM

Walaupun operasi pencarian terbesar dan mungkin paling mahal dalam sejarah penerbangan dijalankan, penerbangan MH370 tidak pernah ditemui, mencetuskan banyak persoalan yang tidak terjawab. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Sudah sembilan tahun kehilangan penerbangan MH370 direkodkan, meninggalkan keluarga penumpang dan anak kapal dengan seribu satu persoalan, apa sebenarnya yang berlaku?

Pada 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777 yang dalam penerbangan ke Beijing, China itu hilang dari radar, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ia membawa bersama 239 individu, terdiri daripada 12 kru dan 227 penumpang merentasi 14 negara.

Walaupun misi pencarian MH370 adalah yang terbesar dan termahal pernah dilakukan, ia masih gagal menghasilkan sebarang kejayaan, lantas menimbulkan pelbagai persoalan tanpa ada sebarang jawapan.

Seorang pengguna Twitter, @daddydon65 kehilangan dua ibu saudara dan sepupu dalam penerbangan tersebut tetapi berkata, beliau berharap kerajaan perpaduan mampu memberi jawapan kepada dirinya serta keluarga.

“Ia sentiasa menghantui. Saya kehilangan dua ibu saudara dan sepupu dalam penerbangan itu. Air mata masih membasahi pipi setiap kali teringatkan tragedi tersebut.

“Luka masih ada. Saya harap kerajaan Pakatan Harapan (PH) mampu memberi jawapan dan berdoa agar ada penutup. Berehatlah dengan tenang MH370,” ciapnya menerusi Twitter.

Sementara itu, pengulas politik, Bridget Welsh turut berkongsi rasa duka dan menggesa pihak bertanggungjawab mencari jawapan sebenar.

“Sembilan tahun. #MH370. Keluarga (dan dunia) masih ingin tahu apa yang berlaku.

“Dokumentari menyedihkan. Langkah lebih hebat diperlukan untuk memberi jawapan kepada waris mangsa. Masih belum terlambat untuk jawapan,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut menyentuh berkenaan tragedi tersebut.

“Sembilan tahun lalu, penerbangan MH370 hilang bersama 227 penumpang dan 12 kru pesawat. Amat tragis.

“Kami sentiasa bersama anda,” ciapnya.

Wartawan Berkongsi Pengalaman

Wartawan Jason Ng yang bertugas dengan Wall Street Journal (WSJ) pada 2014 mengimbas keengganan pihak berkuasa untuk terus bertindak berdasarkan maklumat diperoleh sebaik kehilangan pesawat itu dilaporkan.

WSJ melaporkan, MH370 terbang rendah sehingga lima jam dari lokasi terakhir ia disahkan berada, berdasarkan maklumat diperoleh penyiasat menerusi isyarat dihantar pesawat secara automatik.

Tetapi Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines ketika itu, Ahmad Jauhari Yahya dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memilih untuk menafikan laporan tersebut, berbanding mengambil tindakan segera.

“Laporan WSJ terbukti benar dan tepat seperti disahkan pihak berkuasa beberapa hari kemudian.

“Tetapi empat hari sudah berlalu sebelum (kerajaan) Malaysia mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan data tersebut, yang menunjukkan lokasi MH370,” ciap Jason.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut memuat naik komen berhubung MH370 di media sosial, dan mengingatkan orang ramai bahawa tiada bukti yang menunjukkan pesawat terbabit terhempas di laut atau di darat.

Katanya, semua dapatan itu amat membingungkan keluarga semua mangsa.

“Tapi kita tiada bukti menunjukkan MH370 terhempas di laut. Kita juga tiada bukti pesawat mendarat atau terhempas di mana-mana.

“Amat membingungkan kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, sama ada mereka hidup, mati atau ditawan di mana-mana.

“Barangkali mereka tidak lagi bernyawa kerana apabila pesawat dirampas dan diterbangkan ke lokasi lain, nasib penumpang sama sahaja dengan apa yang bakal berlaku ke atas pesawat.

“Apa yang berlaku ke atas pesawat, itulah juga yang berlaku ke atas penumpang,” katanya. - The Vibes, 9 Mac 2023

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bekalan Telur Masih Stabil, Jika Tiada Hanya Kes Terpencil

oleh Aiman Sadiq

Semasa 15 jam yang lalu

Bekalan Ayam Mencukupi Sehingga Aidilfitri

Semasa 8 jam yang lalu

Penguatkuasa Kasari Warga Emas, 9 Saksi Dipanggil

oleh Aiman Sadiq

Semasa 6 jam yang lalu

Tidak Timbul Soal PM Tidak Dialu-Alukan Di Arab Saudi - Penganalisis