web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas MB Kedah Syed Razak Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 3:13PM

Syed Razak Syed Zain meninggal dunia kira-kira 10.30 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Syed Razak Syed Zain meninggal dunia kira-kira 10.30 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.

Allahyarham yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah kelapan pada 1999 hingga 2005 menghembuskan nafas terakhir kerana masalah kesihatan pada usia 79 tahun.

Bekas Setiausaha Akhbar Allahyarham, Datuk Boon Som Inong berkata beliau akan sentiasa mengenang Syed Razak yang sentiasa ingin mendampingi rakyat.

“Antaranya beliau (Syed Razak) pernah berkata 'di mana ada rakyat, di situlah pejabat kita'. Beliau juga pernah berpesan antara syarat menjadi orang politik adalah sebahagian gaji kita ini termasuk habuan orang memaki dan mengata," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan bahawa pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar buat seluruh rakyat Kedah.

“Tidak dapat dinafikan sumbangan beliau semasa menjadi Menteri Besar Kedah dan beliau merupakan seorang pemimpin yang berdedikasi tinggi dan berjiwa kental. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham,” katanya.

Sementara itu, rakan Allahyarham, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga bekas Menteri Besar Kedah berkata pemergian Syed Razak memberi kesan kepada dirinya kerana beliau merupakan rakan baiknya.

“Saya mengenali Allahyarham sebelum beliau menceburkan diri dalam bidang politik lagi dan semangat cintanya terhadap UMNO sangat besar. Walaupun dalam keadaan uzur, beliau tetap turun berkempen untuk parti di Kuala Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lepas.

“Beliau seorang yang baik dan akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang memiliki visi dan misi dalam memajukan Kedah dan beliau akan dirindui,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad