web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sany Cadang Ahli Parlimen Nyanyi Lagu Negaraku Di Dewan Rakyat 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 9:00PM

Amalan tersebut akan menunjukkan tanda kasih sayang Ahli Parlimen terhadap negara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mohd Sany Hamzan (Hulu Langat-PH) mencadangkan agar semua Ahli Parlimen menyanyikan lagu Negaraku setiap pagi sebelum bermulanya persidangan di Dewan Rakyat.

Berucap di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) itu berkata, amalan tersebut akan menunjukkan tanda kasih sayang Ahli Parlimen terhadap negara.

“Bagi menunjukkan rasa sayang kita, boleh saya cadangkan selepas bacaan doa, kita mulakan persidangan Dewan Rakyat dengan menyanyikan lagu Negaraku.

“Ini negara kita, tanah air kita, tanah tumpah darah kita. Jika kita tidak menyayangi dan mengambil berat terhadap negara kita, kepada siapa kita hendak bergantung untuk melakukannya?” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mohd Sany Hamzan - Gambar Facebook
Mohd Sany Hamzan - Gambar Facebook

Cadangannya itu disambut tepukan Ahli Parlimen lain yang hadir di Dewan Rakyat semasa ucapannya.

Persidangan Dewan Rakyat biasanya dimulakan dengan doa yang dibacakan oleh Setiausaha Dewan, diikuti Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) atau sesi soal jawab lisan.

Sany yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (AMANAH) turut mengemukakan beberapa cadangan lain untuk menyemai rasa cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau antara lain menyarankan Ahli Parlimen memperkasakan penggunaan Bahasa Malaysia, termasuk mendesak dasar yang mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan di papan tanda jalan raya.

Sany turut mencadangkan agar semua unit kediaman mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan pada Ogos ini.

Dalam pada itu, beliau bertanya sama ada kerajaan berhasrat menghidupkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dibatalkan pada Ogos 2018, semasa PH mengambil alih kerajaan Persekutuan. – The Vibes, 7 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi