web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agensi Kerajaan Digesa Perbaiki Tempoh Respons Aduan,  Elak Kesulitan Rakyat – Ramanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 5:38PM

Ramanan berkata penyelenggaraan jalan raya adalah penting kepada semua termasuk penghantar makanan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi kerajaan digesa memperbaiki tempoh respons kepada aduan rakyat, khususnya berkaitan penyelenggaraan jalan raya.

Ahli Parlimen Sungai Buloh (PH), Datuk R Ramanan berkata, tempoh masa yang diambil ketika ini untuk memberi maklum balas setelah mengenal pasti bidang kuasa agensi bertanggungjawab terhadap sesuatu aduan boleh menimbulkan kesulitan kepada rakyat.

“Saya berikan contoh di kawasan Parlimen Sungai Buloh, apabila satu aduan berkenaan isu trafik atau penyelenggaraan jalan raya yang dibuat, seringkali halangan pertama adalah dalam rujukan kepada bidang kuasa dahulu.

“Dalam Parlimen Sungai Buloh ada empat pihak berkuasa tempatan dan tiga pejabat daerah, belum termasuk lagi persempadanan dengan kawasan Parlimen lain atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab.

“Tempoh respons setelah mengenal pasti bidang kuasa agensi kadangkala boleh mengakibatkan kesulitan lanjut kepada rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, semalam.

R Ramanan - Gambar fail
R Ramanan - Gambar fail

Bagaimanapun beliau yakin, komitmen dan kerjasama dapat dilakukan secara optimal, selagi komunikasi antara agensi kerajaan serta ahli politik berlaku secara lebih terbuka dengan azam yang sama, iaitu telus dalam menjalankan amanat demi rakyat.

Pada masa sama, Ramanan berkata, peningkatan jumlah kenderaan dan sistem tol tidak mampan sering kali mengakibatkan kesesakan serta kemudaratan kepada pengguna jalan raya.

Justeru katanya, penyelenggaraan jalan raya mestilah seimbang dengan jumlah kenderaan yang menggunakan satu-satu laluan.

“Saya juga pernah bangkitkan mengenai penyelenggaraan jalan raya yang sering menjadi isu utama di Parlimen Sungai Buloh, ia melibatkan keselamatan pengguna motosikal kerana jalan yang tidak diturap, atau diselenggara dengan baik boleh mengakibatkan kecelakaan.

“Mereka yang bekerja sebagai rider LalaMove, GrabFood dan FoodPanda tidak cukup (dengan) terpaksa mengharungi cabaran cuaca, kini perlu (pula) memikirkan keselamatan mereka, walhal ini adalah tanggungjawab kita sebagai kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Madani

“Malah penaiktarafan sistem tol bertaraf dunia adalah wajar dan bukan lagi sistem yang memanfaatkan kroni sama ada anak sendiri atau pun menantu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kementerian dan agensi kerajaan wajar menjalankan amanah dengan baik dalam pengurusan peruntukan masing-masing menerusi Belanjawan 2023 yang dibentangkan baru-baru ini.

Jelas Ramanan, beliau khuatir sekiranya mesej pemahaman tadbir urus yang baik tidak sampai kepada rakyat, perbincangan keputusan membangunkan keperluan kritikal bagi setiap kawasan bukan lagi mengikut budi bicara Ahli Parlimen semata-mata.

Sementara itu, beliau berkata, penyelesaian jangka panjang juga harus dibuat melalui satu perancangan sistem pengangkutan awam melibatkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT).

''Dalam Parlimen Sungai Buloh ada satu kawasan perumahan, Saujana Utama yang jarak dengan stesen MRT agak jauh, maka tidak dapat dimanfaatkan rakyat sepenuhnya.

“Sering kali kita lihat baris kenderaan di bahu jalan stesen kerana parkir tidak mencukupi ataupun bagi penjimatan kos parkir. Kita mesti kembali kepada asas bagaimana untuk memperbaiki sistem pengangkutan sebagai cara yang munasabah bagi masyarakat Madani,” katanya. – Getaran, 7 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar