web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rafizi Sekolahkan PN Isu Basmi Kemiskinan, Jangan Hanya Bising Di TikTok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 4:38PM

Rafizi Ramli - Gambar dari Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan tuduhan kononnya kerajaan pusat mengabaikan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) adalah tidak berasas, sambil menuding jari kepada pembangkang yang tidak melakukan apa-apa untuk membantu menaik taraf rakyat di negeri diterajui.

Mengulas mengenai perkara itu di Dewan Rakyat, Rafizi memberitahu, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PN adalah tiga daripada lima negeri yang menerima 50 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan di bawah Bajet 2023, manakala dua lagi ialah Sabah dan Sarawak.

Negeri tersebut katanya juga, antara yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi negara.

Rafizi kemudiannya menegaskan bahawa Kedah, Kelantan, dan Terengganu juga antara tiga negeri teratas dengan permohonan terendah untuk Inisiatif Pendapatan Rakyat disediakan kerajaan Persekutuan, bertujuan membantu golongan B40.

Sehubungan itu, beliau berkata, Ahli Parlimen PN harus bekerjasama dengan kerajaan dalam mempromosikan program yang boleh membantu golongan miskin.

“Isu (pengabaian oleh kerajaan persekutuan) yang dimainkan oleh Ahli Parlimen dari kerusi pembangkang tidak timbul.

“Apabila kita memperuntukkan sehingga 50 peratus daripada perbelanjaan pembangunan ke negeri berkenaan, saya berharap Ahli Parlimen PN akan mengalu-alukan usaha kerajaan untuk membantu keluarga miskin.

“Peruntukan sudah diberikan, program sudah diperkenalkan. Sekarang adalah masa untuk pemimpin di negeri ditadbir PN memastikan rancangan ekonomi di peringkat negeri dilaksanakan dengan betul, dan bukan hanya mencari dana persekutuan,” katanya.

Rafizi menyatakan demikian ketika menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (Permatang Pauh-PN) mengenai usaha kerajaan pusat dalam mengurangkan jurang pendapatan dan ketidaksamaan ekonomi antara negeri.

Sementara itu, dalam soalan tambahan, R.S.N. Rayer (Jelutong-PH) turut bertanya sama ada kerajaan akan menumpukan program ekonomi di negeri yang dikuasai PN, memandangkan bilangan isi rumah miskin yang tinggi di sana.

Sehubungan itu, Rafizi mengulangi bahawa dana dan inisiatif kerajaan Persekutuan telahpun ditawarkan, tetapi kesal dengan sambutan yang masih rendah dalam kalangan penduduk di situ.

Bagi menangani keadaan tersebut, Rafizi berkata, beliau telah mengarahkan kementeriannya mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi dengan pemimpin dari 20 daerah termiskin di negara ini, termasuk di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Mereka akan dipanggil untuk duduk bersama saya bagi membincangkan bagaimana mereka boleh membantu keluarga yang memerlukan dan mengambil peluang peruntukan dan potensi disediakan kerajaan, serta jangan hanya membuat bising di TikTok,” katanya. – The Vibes, 7 Mac 2023

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad