Berita Terkini

4 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 4 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 4 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 4 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 8 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Lebih 70 Peratus Aset, Dana 1MDB Berjaya Diperoleh — Azam Baki

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 2:20PM

Lebih 70 peratus aset dan dana 1MDB bersamaan kira-kira RM28.93 bilion berjaya diperoleh setakat ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lebih 70 peratus aset dan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bersamaan kira-kira RM28.93 bilion berjaya diperoleh setakat ini, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

“Baki 30 peratus kita cuba dapatkan balik secepat mungkin. Pengesanan aset masih lagi diteruskan termasuk di beberapa tempat di negara luar dan tidak akan dihentikan,” katanya, menambah SPRM adalah satu daripada agensi utama terlibat dalam mendapatkan semua aset dan dana 1MDB.

Ditemui pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SPRM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA) di sini hari ini,  Azam berkata SPRM juga memainkan peranan dalam kejayaan mendapatkan semula RM8.06 bilion yang melibatkan International Petroleum Investment Company (IPIC).

Pada 27 Februari lepas dilaporkan Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dan 1MDB telah mencapai satu penyelesaian mengenai pertikaian mereka dengan IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) mengenai prosiding undang-undang di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

Dalam hal ini, IPIC dan Aabar PJS dari Abu Dhabi telah bersetuju untuk membayar US$1.8 bilion (kira-kira RM8.06 bilion) kepada MoF Inc dan 1MDB.

Azam Baki
Azam Baki

Terdahulu ketika berucap, Azam berkata MoU berkenaan membolehkan satu tindakan bersepadu dilakukan dalam meningkatkan penguatkuasaan dan keberkesanan kawal selia sedia ada ke arah tadbir urus yang lebih baik.

Menurutnya, MoU antara SPRM dan UiTM membabitkan kerjasama antaranya dalam aspek khidmat rundingan, pembangunan modul latihan, program kesedaran dan pendidikan antirasuah.

Kerjasama dengan MIA pula meliputi aktiviti perkongsian maklumat dan kepakaran serta teknik penyiasatan dalam bidang perakaunan dan kewangan dalam membanteras jenayah rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Mengulas mengenai kerugian RM157 juta oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Holdings Sdn Bhd, Azam berkata ia  masih dalam siasatan pihaknya dengan mengambil kira segala aspek agar siasatan tersebut adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

“Kita akan umumkan hasil siasatan kelak,” katanya.

Sementara itu, mengenai kenyataan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa SPRM tidak sepatutnya menahan reman Bendahari Agung Bersatu Datuk Mohamed Salleh Bajuri pada 1 Mac lepas, Azam berkata agensi penguatkuasaan itu mempunyai peraturan dan undang-undangnya tersendiri.

“Saya serahkan kepada penyiasat saya, (jika) mereka memikirkan ada keperluan untuk menjalankan tangkapan dan reman, maka itu adalah keperluan atau kehendak siasatan ketika itu. Ini adalah satu kuasa budi bicara yang akan digunakan oleh SPRM dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian kes," katanya.

Hamzah dilaporkan berkata Bersatu berpendirian bahawa tahanan reman ke atas Mohamed Salleh adalah sebahagian daripada tekanan yang diberikan kepada pegawai dan pemimpin parti itu untuk mencari kesalahan tidak wujud.

Mohamed Salleh ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan ke atas akaun parti itu yang kini dibekukan. - Bernama

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pemuda UMNO Lantik 3 Ahli Sertai Kepimpinan Tertinggi

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Rohana Telah Pulangkan AS$10 juta, Aset IMDB Kepada SPRM

oleh Aiman Sadiq

Semasa 8 jam yang lalu

Kajian Impak Inisiatif Payung Rahmah Dilakukan Jun Ini - Salahuddin

Sukan 16 jam yang lalu

Azeem Raih Emas Acara 100 Meter Di Florida