web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Teliti Kaedah Kawal Selia Keselamatan Aplikasi, Peranti Penjawat Awam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 9:58PM

Fahmi Fadzil - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Satu kaedah kawal selia atau garis panduan untuk menjamin keselamatan aplikasi dan peranti yang diguna pakai penjawat awam, terutama anggota pentadbiran, bagi menjamin kerahsiaan kerajaan akan diteliti, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Cyber Security Malaysia (CSM) telah diminta meneliti beberapa aspek penting berhubung isu keselamatan melibatkan penggunaan aplikasi media sosial di pejabat dan agensi kerajaan.

Menyuarakan keprihatinannya, Fahmi berkata isu penggunaan aplikasi seperti TikTok, Facebook dan media sosial lain di tempat kerja secara tidak langsung mendedahkan perkara bersifat rahsia dan sensitif yang dibincangkan dalam mesyuarat.

"Saya minta CSM teliti aspek keselamatan semua aplikasi media sosial kerana kita tidak mahu berlaku apa-apa pelanggaran terhadap Akta Rahsia Rasmi contohnya sering kali penjawat awam bertugas berdepan dengan keadaan iaitu dokumen yang dipegang bersifat terkelas. Jadi aspek keselamatan itu sangat penting.

"Kedua adalah dari segi membuat penggambaran (kandungan media sosial), adakah tempat itu dibenarkan atau tidak. Itulah antara beberapa perkara yang masih perlu diteliti," katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini.

Fahmi berkata perbincangan akan diadakan di peringkat KKD setelah CSM membuat penilaian dan perbincangan itu akan diperluaskan kepada kementerian dan agensi lain untuk menyediakan rangka kawal selia untuk aplikasi dan peranti yang digunakan oleh penjawat awam.

"Perkara ini masih ditahap penelitian dan penilaian serta (perlu) mengadakan siri perbincangan… masih belum membuat apa-apa keputusan kerana ia merupakan proses yang panjang," katanya.

Mengambil maklum sesetengah negara telah membuat keputusan berhubung aspek keselamatan berkenaan, Fahmi berkata KKD akan mengkaji asas dan keputusan yang dibuat supaya ia dapat difahami untuk diaplikasikan dalam konteks Malaysia atau menyediakan pilihan bersesuaian.

Fahmi berkata agensi seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu melipatgandakan usaha untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang bahaya scammer (penipu) serta meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil platform media sosial yang masih disalahgunakan scammer untuk melakukan jenayah.

Beliau turut menasihati warga KKD supaya kerap menukar kata laluan di komputer masing-masing supaya data-data tidak dicuri.

Sementara itu, Fahmi berkata keputusan Amazon Web Services (AWS) melabur RM25.5 bilion untuk membuka infrastruktur serantau baharu di Malaysia merupakan satu kayu ukur tahap sentimen dalam kalangan pelabur dan memberi petanda positif bahawa Malaysia di landasan yang betul dalam memulihkan keyakinan pelabur. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad