web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Hampir 55,000 Di 3 Negeri, 2 Negeri Pulih Sepenuhnya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 7:33AM

Seorang mangsa banjir tidur dengan nyenyak di dalam khemah yang disediakan oleh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Hampir 55,000 orang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan tiga negeri setakat 8 malam semalam manakala keadaan banjir di Selangor dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya. 

Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 50,596 orang diikuti Pahang (3,014) dan Melaka (595).

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan 15 lagi PPS dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 268 pusat beroperasi di kesemua 10 daerah setakat ini.

Menurut JPBN, Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 19,883 mangsa daripada 5,619 keluarga diikuti Segamat (13,527 orang daripada 3,969 keluarga), Kluang (4,893 orang/1,402 keluarga), Muar (4,235 orang/1,250 keluarga) dan Kota Tinggi (3,209 orang/851 keluarga).

Tangkak menempatkan 3,003 mangsa daripada 879 keluarga, Mersing (1,103 mangsa/326 keluarga), Johor Bahru (393 mangsa/132 keluarga), Pontian (286 mangsa/72 keluarga) dan Kulai (64 mangsa/15 keluarga).

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di MELAKA terus meningkat kepada 595 orang daripada 147 keluarga setakat 8 malam berbanding 516 orang daripada 138 keluarga pada 2 petang tadi.

Sekretariat JPBN dalam satu kenyataan memaklumkan peningkatan itu melibatkan mangsa yang terjejas di daerah Jasin iaitu 585 orang daripada 144 keluarga dan mereka ditempatkan di lima PPS manakala satu PPS di Alor Gajah menempatkan 10 mangsa daripada tiga keluarga.

Di PAHANG, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jumlah mangsa banjir malam ini berkurangan kepada 3,014 orang di 21 PPS berbanding 3,042 orang di 22 PPS petang tadi. 

Rompin merekodkan mangsa paling ramai iaitu 2,759 orang manakala jumlah mangsa di satu PPS di Temerloh ialah 226 orang dan 29 lagi berada di sebuah PPS di Maran. 

Di SELANGOR, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memaklumkan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak, Sungai Buloh ditutup secara rasmi petang semalam dan kesemua 13 mangsa daripada dua keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Di NEGERI SEMBILAN, APM memaklumkan PPS SK Sungai Kelamah, Tampin ditutup pada 2.07 petang tadi sekali gus menjadikan keadaan banjir di Tampin, Jempol dan Kuala Pilah pulih sepenuhnya susulan penutupan semua PPS di daerah itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

3

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad