web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tahap Kesanggupan Masyarakat Untuk Perangi Rasuah Meningkat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 8:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tahap kesanggupan, kesediaan dan kerjasama masyarakat untuk bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah meningkat setiap tahun sejak 2018, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Menerusi kajian Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah yang dilakukan oleh SPRM, tahap kesanggupan masyarakat pada 2018 direkodkan pada kadar 82 peratus dan ia meningkat kepada 82.7 peratus pada 2019 dan 86.3 peratus pada tahun lepas, katanya.

Bagi tahap kesediaan masyarakat pula, pada 2018 adalah sebanyak 81.1 peratus dan meningkat kepada 82.1 peratus pada 2019 dan 85.6 peratus pada tahun lepas.

“Tahap kerjasama masyarakat bersama SPRM pula, pada 2018 adalah sebanyak 81 peratus diikuti 81.8 peratus pada 2019 dan 84.6 peratus pada tahun lepas,” katanya ketika berucap pada program Strategic Engagement dengan media Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia di sini hari ini.

Menerusi kajian itu juga, katanya tahap pengetahuan masyarakat mengenai rasuah meningkat setiap tahun iaitu pada 2018 sebanyak 72.5 peratus, 2019 (74.3 peratus) dan 2020 (77.7 peratus).

Pada majlis itu, beliau berterima kasih kepada media atas liputan, laporan dan artikel berkaitan SPRM dan pencegahan rasuah yang meluas dengan sebanyak 32,132 artikel dan laporan berkaitan SPRM dan rasuah telah disiarkan menerusi medium media cetak, televisyen, radio dan portal berita sepanjang tahun lepas.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,486 disiarkan di media cetak, 4,266 di televisyen, 345 di radio manakala 19,035 pula menerusi portal berita, katanya.

Shamshun Baharin berkata setiap peranan SPRM perlu diperjelaskan lagi kepada umum secara berterusan supaya tahap keyakinan masyarakat terhadap SPRM terus meningkat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran