web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 PPS Kekal Sedang Dibina Untuk Kemudahan Mangsa Banjir - TPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 4:10PM

Ahmad Zahid pada sidang media ketika lawatan kerja di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebanyak lapan buah dewan yang akan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal bagi menempatkan mangsa banjir, sedang dibina di kawasan sekolah yang sering dijadikan PPS.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembinaan kemudahan yang menggunakan peruntukan sedia ada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu, bagi memastikan mangsa yang dipindahkan ke PPS dapat menggunakan kemudahan yang lebih selesa.

Beliau bagaimana pun tidak menyatakan lokasi lapan dewan tersebut dibina, namun memaklumkan kemudahan itu akan diuruskan oleh pihak sekolah dan boleh digunakan oleh pelajar ketika bukan musim banjir.

“Di sekolah yang sering dijadikan PPS ada antaranya yang ada tandas tetapi tempat mandi tidak ada, dengan pembinaan dewan itu akan ada tandas dan tempat mandi.

“Jadi mereka yang ditempatkan di dewan itu dapat menggunakan kemudahan itu. Tetapi di luar musim banjir dewan dan kemudahan itu, boleh digunakan oleh pelajar sekolah tersebut,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata dianggarkan terdapat kira-kira 1,000 buah sekolah yang sering dijadikan PPS ketika musim banjir di beberapa buah negeri di Semenanjung.

Bagaimana pun beliau menjelaskan pembinaan dewan PPS tersebut akan mengikut keutamaan di kawasan-kawasan sekolah, yang akan dikenal pasti.

Mengulas lanjut mengenai situasi banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini, Ahmad Zahid berkata koordinasi antara agensi yang berkaitan sentiasa dilakukan, supaya bantuan kepada mangsa yang terjejas dapat dilakukan dengan berkesan dan cepat.

Sebagai contoh katanya apabila beliau ke Selancar, Rompin baru-baru ini, ada jalan yang terputus dapat diselesaikan dalam tempoh kurang 72 jam, dengan kerjasama antara Rejimen Jurutera Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kerja Raya manakala peruntukan daripada NADMA.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata KEDA menghadapi beberapa masalah untuk memajukan kawasannya termasuk bank tanah yang kecil dan berselerak, dan isu tanah terbiar.

Beliau berkata pengurusan tertinggi agensi itu, akan mencari jalan bagi menyelesaikan isu tersebut khususnya tanah terbiar, agar dapat dibangunkan dan dimanfaatkan pemilik tanah.

“Kementerian khususnya KSU (Ketua Setiausaha) dan pegawai kanan, akan membantu untuk menambahkan belanjawan bagi tahun 2024 untuk KEDA, asalkan KEDA dapat memberikan justifikasi kepada projek-projek baharu, perancangan baharu dan juga masa yang akan datang untuk KEDA terus memacu pembangunan di kawasannya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 53 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar