web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


23 Sungai Catat Bacaan Melebihi Paras Bahaya, 19 Di Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 2:28PM

Pemandangan udara menunjukkan limpahan air di Sungai Gemas susulan kejadian hujan lebat pada Jumaat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23 stesen bacaan paras air sungai di tiga negeri, mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya dengan 19 daripadanya terletak di Johor.

Johor yang kini menjadi negeri paling teruk terjejas akibat banjir, mencatatkan pemindahan mangsa terbesar, iaitu lebih 40,000 orang setakat pagi tadi.

Berdasarkan laman sesawang rasmi public info banjir https://publicinfobanjir.water.gov.my, sungai yang mencatatkan bacaan air melebihi paras bahaya di Johor adalah di Empangan Bekok, Batu Pahat 19.98 meter (m); Empangan Sembrong di Batu Pahat (12.51 m); Sungai Bekok di Bandar Yong Peng (3.52 m); Sungai Simpang Kiri di Sri Medan (2.79 m) dan Empangan Machap di Kluang (17.42 m).

Manakala, Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (15.88 m); Sungai Johor di Kota Tinggi (2.78 m); Sungai Sedili Besar di Kampung Mawai (6.31 m); Sungai Muar di Bukit Kepong (5.68 m); Sungai Muar di Kampung Olak Sepam (3.36 m) dan Sungai Muar di Panchor (2.9 m).

Turut mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya adalah Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat (7.11 m); Sungai Muar di Kampung Awat (20.12 m); Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur (4.23 m); Sungai Johor di Rantau Panjang, Kota Tinggi (9.84 m); Sungai Muar di Buloh Kasap (10.68 m) dan Sungai Bekok di Batu 77 Jalan Yong Peng (7.76 m).

Selain itu, Sungai Segamat di Bandar Segamat (9.63 m) dan Sungai Gemas di Kampung Lubok Kepong (19.59 m).

Bagaimanapun, berdasarkan kemaskini yang dibuat di laman sesawang berkenaan, sebahagian besar sungai di Johor menunjukkan trend menurun susulan hujan lebat yang melanda negeri berkenaan semakin reda.

Selain itu, dua lagi negeri yang mencatatkan paras air sungai melebih tahap bahaya adalah Pahang dan Selangor, membabitkan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran (19.68 m); Sungai Pahang di Paloh Inai, Pekan (10.73 m); Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin (24.9 m) dan Sungai Sampo di Pekan Beranang, Hulu Langat (32.83 m).

Semalam, Getaran melaporkan, taburan hujan tinggi dalam tempoh empat hari yang melanda Johor sejak 28 Februari lalu, sehingga mengakibatkan 105 lokasi ditenggelami air, disifatkan tertinggi pernah dicerap sejak tahun 1991.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Dr Md Nasir Md Noh berkata, bacaan hujan pada episod kali ini merupakan rekod tertinggi dicerap, berbanding dengan rekod hujan bulanan paling tinggi pernah dilakukan pada Disember 1991, iaitu 621 milimeter (mm) sebulan dan 599 mm (Disember 2006).

Menurutnya, kekerapan hujan di Johor mengakibatkan semua daerah terjejas dengan Batu Pahat mencatatkan jumlah lokasi banjir tertinggi, iaitu 24 lokasi banjir. - Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi