web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Kesan Sekumpulan Lelaki Didakwa Pukul Warga Asing

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 7:51AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang didakwa memukul seorang lelaki warga asing dalam kejadian di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira 2.30 petang dan dirakam dalam sebuah video yang berdurasi selama seminit 21 saat.

Katanya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah melihat video yang tular ini dan melakukan siasatan ekoran dipercayai tempat kejadian merupakan kawasan di bawah pentadbiran IPD Kajang.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian yang tular ini melibatkan mangsa seorang lelaki dipercayai warga asing yang dipukul sekumpulan lelaki tempatan dikenali dengan nama Yusuf Azmi, Abang Ali dan beberapa orang pengikutnya yang belum dikenal pasti.

“Kejadian yang tular ini jelas merupakan satu kekerasan jenayah yang boleh disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan ia mengganggu-gugat serta mendatangkan kekacauan terhadap ketenteraman awam kerana berlaku di kawasan awam yang terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, penelitian ke atas video itu juga mendapati, kumpulan lelaki tempatan berkenaan telah melanggar beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan fizikal.

“Berdasarkan video yang tular ini, kes telah diklasifikasi di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, bolehlah dihukum penjara dua tahun atau dikenakan denda ataupun kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau menambah, bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seskyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Mohd Zaid berkata mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai polis terdekat atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, ASP Mohd Radzee Jamudi, di talian 019-665 5811. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Maut Minum Metadon: Ubat Milik Bapa, Tiada Unsur Jenayah - Polis 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

2 Termasuk Remaja Lelaki Maut Kereta Terjunam Dalam Gaung

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Wanita Bukan Warganegara Ditahan, Langgar 3 Motosikal, Serang Orang Awam

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad