web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Usaha Percepat Tingkat Kelajuan Internet Di Seluruh Negara - Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 12:10PM

Fahmi Fadzil berkata, pada masa ini, hanya kira-kira tiga peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara masih tidak mempunyai capaian Internet - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan melalui kementeriannya akan terus berusaha mempercepatkan perluasan capaian, serta meningkatkan kelajuan Internet di seluruh negara.

Beliau berkata pada masa ini, hanya kira-kira tiga peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara masih tidak mempunyai capaian Internet.

“Antara usaha yang telah dilakukan termasuklah peningkatan kapasiti rangkaian telekomunikasi, serta keupayaan infrastruktur sedia ada dan pembinaan menara telekomunikasi yang baharu.

“Selain itu, kerajaan beri tumpuan kepada pembangunan dan peningkatan kemudahan digital di luar bandar dan pedalaman, bagi memastikan kesamarataan akses kepada teknologi dan Internet di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengagihan Perantisiswa dan Perasmian MYDIGITAL.KKD di Universiti Teknologi Mara, di sini hari ini.

Fahmi berkata keutamaan kementeriannya pada masa ini ialah untuk mengatasi jurang atau kesenjangan digital yang berlaku.

Mengulas mengenai Inisiatif PerantiSiswa, Fahmi berkata secara keseluruhan setakat 15 April tahun lepas jumlah permohonan diterima ialah 474,311 dan daripada jumlah itu, 368,803 penerima PerantiSiswa telah dikenal pasti manakala sebanyak 105,508 permohon gagal.

Bagaimanapun beliau berkata daripada 105,508 permohonan yang gagal itu, saringan kedua yang dijalankan mendapati 31,699 pemohon merupakan daripada golongan B40.

“(Permohonan) 3,1699 telah disaring lagi, ada beberapa pematuhan (yang perlu dipatuhi), adakah mereka pelajar separuh masa, pelajar akhir tahun, adakah mereka pernah menerima bantuan peranti, maka dari jumlah itu didapati 23,394 pelajar menepati syarat (untuk menerima peranti),” katanya.

Fahmi berkata inisiatif berkenaan melibatkan kos (keseluruhan) berjumlah RM450 juta dan telah memberi manfaat kepada 359,742 mahasiswa atau penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), dalam kelompok keluarga B40.

Sementara itu, beliau berkata bagi mempercepatkan pengagihan PerantiSiswa, KKD telah mengaktifkan 31 Pusat Pengagihan Berpusat di seluruh negara selama tiga minggu, bermula 17 Februari lepas.

“Alhamdulillah, melalui pengagihan berpusat ini, sebanyak 33,540 peranti telah diagihkan dalam tempoh tiga minggu sahaja. Baki pengagihan 9,000 peranti dijangka akan diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Ketika ditanya, adakah KKD akan meneruskan inisiatif tersebut bagi membantu pelajar sekolah dalam kalangan keluarga B40, beliau berkata pihaknya kini dalam proses meneliti perkara itu.

“Kita dalam proses meneliti permohonan tambahan, pandangan atau mungkin maklum balas, kritikan dan sebagainya. Pada waktu ini, kita mahu selesaikan baki pengagihan, tiba masa kita akan buat pengumuman,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar