web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KWSP Jangka Peroleh Pulangan Lebih Optimum Bagi Simpanan Syariah Selepas Diasingkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 9:37PM

Amir Hamzah ketika sidang media selepas taklimat mengenai Prestasi Kewangan KWSP 2022 di Dewan Perdana, Menara KWSP, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan pulangan yang lebih optimum bagi simpanan syariah jika aset simpanan syariah diasingkan sepenuhnya daripada aset simpanan konvensional.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata sejak simpanan syariah diperkenalkan pada tahun 2017, pihak KWSP giat berusaha meningkatkan model perniagaan semasa dengan mengasingkan sepenuhnya aset simpanan syariah daripada melabur bersama aset patuh syariah dalam simpanan konvensional.

“Dengan pengasingan ini, simpanan syariah akan mempunyai peluang strategi sendiri dan peruntukan aset strategik yang berbeza dengan simpanan konvensional.

“Ini dapat memastikan kedua-dua simpanan syariah dan simpanan konvensional mempunyai pulangan jangka panjang yang lebih optimum, berdaya saing dan mampan,” katanya pada sidang media selepas taklimat prestasi kewangan KWSP di sini, hari ini.

Amir Hamzah berkata KWSP akan melancarkan pemisahan aset simpanan syariah dengan aset simpanan konvensional pada 1 Januari, 2024 seperti yang dinyatakan dalam pengumuman Belanjawan 2023 baru-baru ini.

Katanya pemisahan aset simpanan syariah daripada aset simpanan konvensional membolehkan KWSP meletakkan peratusan had bagi setiap pelaburan yang diinginkan, dan bukannya kerana pelaburan dalam simpanan syariah tidak halal.

Namun katanya, pulangan yang diperoleh perlu melihat kepada keadaan ekonomi semasa, sama ada di peringkat domestik mahupun di luar negara.

“Sebagai contoh, jika pasaran saham meningkat naik dengan banyak, pulangan keseluruhan akan naik, dan ini akan membolehkan kita memberi pulangan yang tinggi, tetapi apa yang kita lihat tahun lepas, pasaran saham tidak menunjukkan prestasi yang baik, dan KWSP perlu menangani isu tersebut.

“Jadi, dari segi portfolio, kita kena pandai seimbangkannya, jika satu portfolio pelaburan turun, manakala satu lagi bertahan, barulah kita boleh stabilkan (pulangan),” katanya lagi.

Amir Hamzah turut menjangkakan situasi pelaburan 2023 akan terus mencabar dalam jangka pendek dan sederhana.

Katanya, ketidakpastian yang berterusan ini sekali gus memberi penekanan kepada keperluan untuk membina daya tahan selaras dengan objektif pelaburan jangka panjang KWSP dan Alokasi Aset Strategik.

Tambah beliau, Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini menekankan usaha untuk mengukuhkan pemulihan dan daya tahan ekonomi negara.

Mengenai perkembangan lain, Amir Hamzah berkata KWSP akan mengumumkan kenaikan had caruman sukarela kepada RM100,000 pada April tahun ini.

“Dalam Bajet 2023 sebelum ini ada diumumkan oleh bekas menteri kewangan berhubung kenaikan had caruman sukarela daripada RM60,000 kepada RM100,000, tetapi malangnya ketika itu bajet belum diwartakan lagi, jadi kita tidak dapat melancarkannya.

“Tetapi kita mendapat sokongan daripada lembaga pengarah bahawa RM100,000 adalah jumlah yang sewajarnya dan kami kini sedang berusaha untuk membenarkan kenaikan had itu,” tambahnya. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Semak Kelayakan Subsidi BUDI95 Mulai Hari Ini - Amir Hamzah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Larangan Kenderaan Asing Beli RON95 Masih Kekal - Amir Hamzah

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

MAHB Kekal Dikawal Kerajaan, Tidak Diambil Alih Pihak Asing - Amir Hamzah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad