Berita Terkini

3 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 4 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 4 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 4 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 4 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Azalina Nafi Campur Tangan Pelantikan Semula Peguam Negara

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 7:00PM

Azalina Othman Said - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menafikan beliau campur tangan dalam pelantikan semula Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara berkuat kuasa Isnin depan.

Jelas Azalina, pelantikan itu adalah atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudian mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Ini satu perkara yang ingin saya jelaskan mengenai Peguam Negara yang disambung perkhidmatannya selama enam bulan sahaja. Keputusan itu dibuat Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri.

“Saya secara peribadi tidak terbabit langsung dalam proses untuk menyambung semula Peguam Negara ini, kerana ia hanya tanggungjawab kepada Perdana Menteri dan bukan pada saya walaupun saya selaku Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi,” katanya seperti dilaporkan portal BH.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Celik Kewangan, Klinik Insolvensi dan Klinik Bantuan Guaman di Dewan Semai Bakti FELDA Tunggal di Kota Tinggi, Johor, hari ini.

Dalam pada itu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, Perdana Menteri mungkin mempunyai alasan tersendiri dalam memilih Idris untuk menyambung perkhidmatannya.

“Saya nak tekankan yang mungkin Perdana Menteri mempunyai alasannya tersendiri untuk menyambung semula Peguam Negara selama enam bulan. Saya tidak tahu tetapi mungkin juga kerana ada kerja yang belum selesai,” katanya.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan pelantikan semula Idrus sebagai Peguam Negara berkuat kuasa Isnin depan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, lantikan semula itu adalah untuk tempoh enam bulan.

Idrus sebelum ini adalah mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai Peguam Negara dengan kontrak dua tahun bermula 6 Mac 2020.

Beliau kemudian dilantik semula ke jawatan berkenaan pada 6 Mac tahun lalu untuk tempoh setahun lagi.

Idrus sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, penasihat undang-undang di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Cara Negara dan Hakim Mahkamah Rayuan.

Pelantikan beliau sebelum ini bagi menggantikan Tan Sri Tommy Thomas, yang meletak jawatan pada 28 Februari 2020, selepas Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH). - Getaran, 4 Mac 2023

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

oleh Farhana Farush

Semasa 3 jam yang lalu

Aplikasi KitaJaga Bantu Rakyat Semak Harga Barang, Beli Secara Bijak - Rafizi

oleh Farhana Farush

Semasa 14 jam yang lalu

8 Mangsa Nahas LRT Mei 2021 Saman Prasarana, RapidRail

oleh Arjun Mohanakrishnan

Semasa 11 jam yang lalu

Kerajaan Sasar Muktamad Pelan Subsidi Diesel Menjelang Ogos – Ahmad Maslan

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain