web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilihan MCA Pusat Pada 24 September - Setiausaha Agung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 6:18PM

Chong Sin Woon - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilihan MCA 2023 di peringkat pusat akan diadakan pada 24 September ini manakala yang melibatkan sayap Pemuda dan Wanita pula ditetapkan pada 23 September depan, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata proses penamaan calon bagi kesemua jawatan termasuk kedua-dua sayap akan diadakan pada 11 September ini.

“Segala maklumat berkenaan pemilihan parti akan dipaparkan di laman sesawang http://mcape.mca.org.my untuk rujukan semua ahli yang akan bertanding,” katanya pada sidang media selepas sambutan ulang tahun ke-74 MCA di sini hari ini.

Sin Woon berkata pemilihan MCA 2023 dimulakan dengan peringkat cawangan pada bulan depan di seluruh negara dan proses penamaan calon pada 20 April dengan pemilihan melibatkan kedua-dua sayap ditetapkan selama dua hari bermula 29 April manakala bagi peringkat cawangan pada 30 April.

Beliau berkata proses penamaan calon di peringkat bahagian termasuk kedua-dua sayap pula akan diadakan pada 1 Jun manakala pemilihan ditetapkan selama dua hari bermula 10 Jun ini.

“Penamaan calon bagi Pemuda dan Wanita negeri pula adalah pada 27 Julai dengan pemilihan Pemuda dilaksanakan pada 5 Ogos dan Wanita pada 6 Ogos,” katanya.

Proses pemilihan parti dibuat mengikut Perkara 167 Perlembagaan MCA yang memperuntuk ia perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Lucut Hak Mengundi Ahli, Exco MCA Langgar Prinsip Demokrasi, Amalkan Nepotisme - SCA

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar