web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Petani, Penternak Dinasihat Lapor Kerugian Akibat Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 5:43PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Petani dan penternak di negeri ini yang kerugian akibat banjir dinasihat supaya membuat laporan kepada Jabatan Pertanian untuk bantuan ganti rugi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Zahari Sarip berkata banjir yang berlaku sejak Rabu lepas turut menjejaskan golongan petani dan penternak lebih-lebih lagi Johor dikenali sebagai hab pertanian negara.

“Ramai (petani dan penternak) terkesan dengan kejadian banjir ini kerana selalunya mereka akan lebih bersedia, contohnya apabila masuk bulan November, Disember, Januari dan Februari, mereka akan menghentikan aktiviti pertanian terutamanya kawasan yang kerap banjir.

“Kali ini banjir berlaku hujung Februari dan awal Mac … petani ini baru mula tanam atau semai tanaman mereka, jadi mereka mengalami kerugian dan tidak bersedia.

“Jadi mereka yang terkesan ini diminta menghantar gambar dan laporan untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas meninjau keadaan banjir di Buloh Kasap, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap itu berkata mungkin ramai yang keliru dengan bentuk bantuan yang disalurkan Jabatan Pertanian.

“Bantuan ini bukan berbentuk wang tetapi lebih kepada barangan dan jika pokok rosak, baja dan peralatan atau sebagainya kita akan ganti,” katanya.

Zahari turut menasihatkan petani supaya menyertai Lembaga Pertubuhan Peladang kerana ahli yang terjejas akibat banjir akan menerima bantuan kewangan untuk ganti rugi.

Beliau berkata hanya petani yang berdaftar sahaja layak menerima bantuan berkenaan.

Hujan lebat berterusan sejak malam Isnin menyebabkan Johor mengalami banjir yang disifatkan sebagai kritikal selepas merekodkan lebih 39,000 mangsa petang ini dengan Segamat daerah paling teruk terjejas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad