web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penahanan Salleh Tak Munasabah, Ia Tekanan Cari Kesalahan Tidak Wujud - Hamzah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 2:36PM

Hamzah Zainudin berkata, ia kerana Mohd Salleh sudah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan SPRM sejak Januari lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penahanan Bendahari Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd Salleh Bajuri selama dua hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas alasan siasatan, tidak wajar kerana ia dibuat tanpa sebab munasabah.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia kerana Mohd Salleh sudah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan SPRM sejak Januari lalu.

Katanya, kerjasama itu termasuk ketika Mohd Salleh diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM 1 Mac lalu untuk memberikan penjelasan berkenaan pembayaran dibuat BERSATU kepada pembekal dan vendor parti itu.

“Setiap kali dipanggil, beliau (Mohd Salleh) hadir. Setiap kali ada permintaan dokumen, beliau serahkan. Tidak pernah beliau menolak permintaan SPRM walaupun diminta pada saat-saat akhir.

“Namun, pada 1 Mac, beliau sekali lagi dipanggil secara tergesa-gesa. Apabila hadir untuk memberi keterangan, beliau ditahan reman,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, BERSATU berpendirian bahawa tahanan reman ke atas Mohd Salleh adalah sebahagian daripada tekanan diberikan kepada pegawai dan pemimpin BERSATU untuk mencari kesalahan yang tidak wujud.

Ujarnya, ia juga sama seperti siasatan dijalankan ke atas vendor BERSATU sebagai sebahagian daripada pemburuan politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang masih berterusan.

Hamzah berkata, penyata kewangan BERSATU diaudit setiap tahun dan diluluskan dalam Persidangan Agung Tahunan, justeru tiada apa-apa perkara tidak teratur ditemui dalam penyata kewangan tersebut yang sudah disahkan juruaudit bertauliah.

“Mohd Salleh sebagai seorang Bendahari Agung yang beramanah dan berintegriti, sudah memastikan semua perolehan dibuat BERSATU, melalui proses serta tatacara kewangan parti,” katanya.

Malah, Hamzah menyeru supaya kerajaan PH-BN berhenti melakukan pemburuan politik tidak berkesudahan ke atas BERSATU.

“(Sebaliknya) Terimalah hakikat bahawa pucuk pimpinan BERSATU tidak melakukan sebarang kesalahan di sisi undang-undang,” katanya.

Kelmarin, Getaran melaporkan bahawa Mohd Salleh ditahan SPRM atas perkara berkaitan dengan penggunaan dana parti.

Sumber SPRM memberitahu The Vibes, beliau ditahan semalam dan direman dua hari.

Ini adalah penahanan berprofil tinggi kedua terhadap pemimpin BERSATU, selepas Ketua Penerangan parti itu, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa pada 21 Februari lalu kerana menerima rasuah RM6.9 juta untuk mendapatkan projek jalan raya bernilai RM232 juta.

Timbalan Ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad juga didakwa pada hari sama dengan kes Wan Saiful atas dakwaan meminta antara 3.5 peratus dan 7 peratus daripada nilai projek jalan raya bernilai RM47.8 juta.

Dana itu dipercayai melibatkan penggunaan RM92.5 bilion di bawah program rangsangan ekonomi Jana Wibawa.

Pada Januari lalu, SPRM membekukan akaun BERSATU di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. - Getaran, 4 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

4

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad