Berita Terkini

12 minit yang lalu: MOF timbang peruntukan segera RM45.5 juta naik taraf CIQ KSAB atasi kesesakan 13 minit yang lalu: Jemaah Menteri setuju tubuh jawatankuasa tangani isu doktor kontrak 13 minit yang lalu: Agong, Permaisuri berkenan serah rumah asnaf MAIWP di Labuan 13 minit yang lalu: Gangguan Seksual: Sharon sedia beri sokongan emosi, kaunseling 13 minit yang lalu: Projek pembetungan Kuantan dijadual siap September

IKUTI KAMI


Dasar Utamakan Perunding Tempatan: Bukti Kepercayaan PM, Mampu Kurangkan Kos Negara

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 9:13AM

Terdahulu, Perdana Menteri berkata kerajaan memperkenalkan dasar yang memerlukan perkhidmatan awam memimpin dalam memberikan nasihat kepada pentadbirannya mengenai polisi dan strategi, bukan bergantung kepada perunding luar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seruan Perdana Menteri supaya perkhidmatan awam memimpin dalam memberikan nasihat kepada pentadbirannya mengenai polisi dan strategi, malah tidak bergantung kepada perunding luar, membuktikan beliau lebih meyakini keupayaan serta kepakaran dimiliki kepimpinan penjawat awam.

Menyambut baik perkara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti berkata, sebagai pemimpin negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sifat sepatutnya dengan ‘mendahulukan’ dan mempercayai kebolehan serta kemampuan ‘anak buah’.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD), Datuk Isham Ishak berkata, penjawat awam juga memiliki maklumat dan pengetahuan yang mampu dijadikan penambahbaikan dalam pentadbiran kerajaan, selain melaksanakan lebih banyak pemerhatian di peringkat akar umbi (ground) mengenai keadaan semasa.

Isham Ishak berkata,pengaruh politik (political will) daripada Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan itu, jelas menunjukkan penghargaan beliau kepada perkhidmatan awam -  Gambar Fail
Isham Ishak berkata,pengaruh politik (political will) daripada Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan itu, jelas menunjukkan penghargaan beliau kepada perkhidmatan awam - Gambar Fail

“Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi keyakinan semula kepada penjawat awam. PPTD amat menyokong penuh hasrat ini kerana pegawai kerajaan memiliki kepakaran dan terlatih secara khusus dalam bidang tertentu. 

“Mereka juga sudah lama berkhidmat dengan kerajaan dan mempunyai sumber terawal maklumat (first hand information), malah memperoleh lebih banyak informasi berhubung keadaan semasa di peringkat akar umbi.

“Jadi, lebih sesuai mengutamakan perunding perkhidmatan awam berbanding luar,” katanya ketika dihubungi.

Isham berkata, sudah tiba masanya penjawat awam membuktikan keupayaan mereka dengan melaksanakan sistem penyampaian lebih profesional.

Katanya, pengaruh politik (political will) daripada Anwar yang juga Menteri Kewangan itu, jelas menunjukkan penghargaan beliau kepada perkhidmatan awam.

Justeru, ujarnya, golongan itu perlu melaksanakan amanah dan memikul tanggungjawab diberikan dengan sebaiknya.

“Gabungan antara pengaruh politik dan keyakinan penjawat awam sudah pastinya perkhidmatan awam akan lebih diyakini dan mampu memberikan semula apa dimahukan Perdana Menteri.

“Saya ingin menasihatkan apabila Perdana Menteri sudah memberi peluang ini, penjawat awam perlu tunjukkan mereka mempunyai keupayaan yang tinggi, buktikan bahawa keyakinan terbabit tidak akan disia-siakan,” katanya.

Sudah tiba masanya penjawat awam membuktikan keupayaan mereka dengan melaksanakan sistem penyampaian lebih profesional - Gambar Fail Bernama
Sudah tiba masanya penjawat awam membuktikan keupayaan mereka dengan melaksanakan sistem penyampaian lebih profesional - Gambar Fail Bernama

Terdahulu, Perdana Menteri pada sidang media selepas menghadiri majlis minum petang bersama Diaspora Malaysia di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia di Makati, Manila, Filipina, kelmarin berkata, kerajaan memperkenalkan dasar yang memerlukan perkhidmatan awam memimpin dalam memberikan nasihat kepada pentadbirannya mengenai polisi dan strategi, bukan bergantung kepada perunding luar.

Beliau berkata, ia boleh dilaksanakan dengan penjawat awam menyediakan cadangan penyelidikan dan dapatan untuk membuat keputusan, berbanding kebergantungan kepada pihak ketiga, melainkan kekurangan pakar bidang dalam kerajaan.

Menurutnya, dasar baharu itu sudah dilaksanakan dan garis panduan mengenai perkara terbabit diberikan kepada sektor awam.

Presiden PKR itu berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sudah ‘menjelaskan perkara itu’ kepada perkhidmatan awam, malah beliau menyebutnya berulang kali dalam mesyuarat pasca Kabinet, khususnya di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan, ia bukan bermakna kerajaan tidak akan mendapatkan bantuan perunding, terutama dalam bidang khusus di mana sektor awam tiada kepakaran.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata, kemungkinan seruan dibuat Perdana Menteri itu dilakukan sebagai langkah penjimatan kos kerajaan.

Jelasnya, ia berikutan perbelanjaan untuk mengambil perunding luar, terutama warga asing adalah tinggi.

Lee Lam Thye pula berkata, kemungkinan seruan dibuat Perdana Menteri itu dilakukan sebagai langkah penjimatan kos kerajaan - Gambar Fail
Lee Lam Thye pula berkata, kemungkinan seruan dibuat Perdana Menteri itu dilakukan sebagai langkah penjimatan kos kerajaan - Gambar Fail

“Negara mempunyai tenaga pakar berpengalaman sedia ada bagi menasihati kerajaan mengenai sesuatu yang baik dan positif untuk dilaksanakan.

“Dari aspek penjimatan perbelanjaan, saya setuju dengan seruan daripada Perdana Menteri itu, berikutan pentadbiran sebelum ini mengutamakan perunding luar dan mengetepikan perunding perkhidmatan awam dalam memberi nasihat kepada kerajaan.

“Perkara itu tidak dilaksanakan sebelum ini, iaitu memberi tugas berkenaan kepada anak tempatan walaupun perkhidmatan awam memiliki kepakaran sebagai perunding untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Namun, Lam Thye menegaskan adalah menjadi keperluan juga untuk kerajaan mendapatkan bantuan perunding luar, terutama dalam bidang khusus di mana sektor awam tiada kepakaran.

“Sekiranya perkhidmatan awam mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu, tidak perlulah ia melantik perunding luar kerana akan menyumbang kepada kos terlalu tinggi dan mampu membebankan kerajaan.

“Jika tiada kepakaran itu, tidak menjadi kesalahan untuk kerajaan mencari perunding luar, tetapi ia mesti dalam situasi mendesak atau sumber perkhidmatan awam itu terhad,” katanya. - Getaran, 4 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 minit yang lalu

Anwar Hadiri Sesi Meja Bulat Dengan Tokoh Korporat China

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Kenal Pasti Pengirim Bungkusan Kepada PM, Rafizi

3

Semasa 2 hari yang lalu

RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

4

Semasa 2 hari yang lalu

PM Umum 4 Inisiatif Tambahan Belanjawan 2023

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Tiba Di Beijing, Teruskan Siri Lawatan Di China

oleh Khaw Chia Hui

Semasa 5 jam yang lalu

Lebih 12,000 Pendatang Asing Diusir Ke Negara Asal Sejak Januari 2023

Semasa 1 hari yang lalu

Yayasan AlBukhary: Wan Fayhsal Bersorak Selepas Disahkan Beliau Tidak Buat Laporan Polis

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 1 jam yang lalu

Pengasingan Kuasa AG, Pendakwa Raya: Tingkat Keyakinan Rakyat, Pendakwaan Lebih Telus