web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi 11 Bulan Maut Jatuh Dari Tingkat 3

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 10:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas terjatuh dari tingkap bilik di tingkat tiga Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa dikatakan sedang bermain bersama-sama abang, kakak dan sepupunya di bilik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisoner Beh Eng Lai, berkata siasatan mendapati terdapat enam kanak-kanak lain berada dalam bilik yang sama ketika kejadian.

“Ketika kejadian, dua abangnya masing-masing berusia 14 tahun dan enam tahun, kakaknya (11 tahun) bersama tiga sepupu lain berusia dua hingga empat tahun turut berada di lokasi.

“Siasatan juga mendapati, mangsa sedang bermain bersama di atas katil yang terletak bersebelahan dengan tingkap kediaman terbabit,” katanya hari ini.

Menurut Eng Lai, pihaknya mendapati tingkap dalam bilik tersebut tidak mempunyai sebarang pagar dan katil berkenaan pula diletakkan di tengah tingkap tanpa sebarang halangan.

“Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam insiden terbabit.

“Ibu mangsa telah membawa anaknya itu ke Hospital Selayang, Selangor untuk mendapatkan rawatan dan apabila tiba di Unit Kecemasan Hospital Selayang, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.

“Mayat telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Beliau berkata, hasil laporan bedah siasat yang dilakukan mendapati kematian berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi. 

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - Getaran, 3 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad