web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kontroversi Mentega Terbang: Sudah Tiba Masanya Lembaga Penyemak Syariah Filem Ditubuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 3:13PM

PAS pelik dengan sikap sesetengah pihak yang terbabit dalam industri perfileman di negara ini apabila meluluskan tayangan filem ‘Mentega Terbang’ tanpa sebarang tapisan dan sekatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perpaduan digesa mewujudkan lembaga penyemak syariah dalam industri hiburan selaras dengan semangat Malaysia Madani dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPT), Mohd Harun Esa berkata, ini berikutan kelulusan filem 'Mentega Terbang' dilihat sebagai perbuatan sengaja mahu mempersenda agama Islam serta provokasi untuk “test market” pandangan majmuk rakyat Malaysia.

Menurut beliau, PAS pelik dengan sikap sesetengah pihak yang terbabit dalam industri perfileman di negara ini apabila meluluskan tayangan filem ‘Mentega Terbang’ tanpa sebarang tapisan dan sekatan.

“Kami rasa pelik bagaimana filem seperti ini boleh diluluskan tayangannya ke seluruh negara seolah-olah tiada sebarang tapisan atau sekatan daripada pihak berwajib.

“Pemahaman liberalisme agama ini lebih teruk dari unsur ekstrimisme kerana ia akan mengancam akidah umat Islam di Malaysia, bukan sekadar keharmonian masyarakat sahaja,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut, Mohd Harun berkata, sebelum ini rakyat dihidangkan dengan program hiburan melampau melibatkan artis luar negara, tetapi filem tempatan seperti ‘Mentega Terbang’ sememangnya mencabar akidah umat Islam.

Jelasnya, DPPT sudah meneliti banyak babak dalam filem itu yang tular di media sosial sejak minggu lalu.

“Filem itu memaparkan kisah seorang wanita remaja muslim yang hendak mendalami kitab suci agama lain bagi mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang sentiasa berlegar dalam pemikirannya.

“Sisi gelap filem ini, mempromosikan sekularisme dan liberalisme dalam agama seolah suatu yang biasa dan wajar dibuat dengan alasan kajian atau terasa serasi dengan agama lain tanpa sebarang rasa bersalah,” katanya.

Ujarnya lagi, unsur terbabit ditanam dengan jelas melalui beberapa dialog dalam filem berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata, Islam sebagai agama fitrah perlu difahami dengan dalil dan perbincangan yang mengambil sudut ilmu pengetahuan sebagai cara memahami beberapa persoalan dalam kehidupan.

Tegasnya, seorang muslim mesti mengutamakan kajian pada dalil sebagai penyelesaian kepada sebarang masalah.

“Jika tidak tahu hendaklah bertanya, bukan mengkaji tanpa guru yang akhirnya menyesatkan diri sendiri. 

“Sehubungan itu, kita berharap, perkara seperti itu tidak berulang lagi pada masa akan datang,” katanya. - Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

4

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

5

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad