web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FRI Perkenal Model Ternakan Kerang Terbaik Dunia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 8:52PM

Dr Zainoddin Jamari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Jabatan Perikanan Malaysia hari ini memperkenalkan model penternakan kerang pertama seumpamanya di dunia, yang dijangka dapat meningkatkan penghasilan makanan laut itu sepanjang tahun di negara ini.

Model Kebun Kerang Lekir itu dijangka dapat menghasilkan 150,000 metrik tan kerang bernilai RM1.5 bilion menjelang tahun 2025, berbanding kira-kira 16,000 metrik tan yang direkodkan pada tahun lalu.

Pengarah Kanan Penyelidikan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Dr Zainoddin Jamari berkata, model perintis yang dilaksanakan di perairan Teluk Lekir di Manjung, Perak itu telah dilaksanakan pada Oktober 2018 dan membuahkan hasil amat memberangsangkan.

Katanya, sebanyak 23.89 metrik tan benih kerang telah didaratkan pada 2019 dengan anggaran nilai sebanyak RM3.2 juta, manakala bagi tahun 2020 pula 1,200 metrik tan kerang berjaya dibawa naik, bernilai RM10.69 juta.

"Pada Januari hingga Mac tahun ini pula, sebanyak 335.6 metrik tan kerang dengan anggaran nilai kerang sekitar RM8.4 juta.

"Kita akan menggunakan model yang sama di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan bagi meningkatkan populasi kerang negara," katanya pada sidang media di FRI di Jabatan Perikanan Pulau Pinang, hari ini.

Dr Zainoddin berkata, hasil kajian menerusi projek perintis itu juga mendapati, kadar tumbesaran kerang dapat dibuat dengan lebih pantas iaitu sekitar 3 hingga 4 bulan berbanding antara 6 hingga 8 bulan sebelum ini.

Penjimatan tempoh ini katanya, membolehkan penternak menghasilkan kerang sepanjang tahun berbanding mengikut musim seperti sekarang.

“Hasil kerang yang diperolehi juga adalah lebih premium kerana kerang yang diternak itu menjadi lebih besar dan cantik.

"Bagaimanapun menerusi kajian yang dijalankan oleh FRI, penghasilan benih kerang yang baik di Teluk Lekir ini didorong  beberapa faktor, antaranya keadaan air laut yang sesuai dan tidak tercemar,” katanya.

Tumbesaran kerang juga katanya, lebih pantas berikutan kepadatan sumber makanan di kawasan berkenaan.

“Saya menjangkakan model penternakan kerang ini akan mengubah taraf hidup penternak kerang dan memberi pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan kepada mereka.

“Ini yang paling penting, kerana kita mahu penternak kerang ini berjaya mengubah hidup mereka dan berjaya seperti orang lain,” katanya.

Selepas di Manjung, Perak, Model Kebun Kerang Lekir ketika ini sedang diperluaskan di Pontian, Batu Pahat, dan Muar, Johor, sebelum ke negeri-negeri Pantai Barat yang lain. – Getaran, 3 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Zoo Negara Diiktiraf Antara Penjaga Panda Gergasi Terbaik Dunia

3

Politik 2 tahun yang lalu

Politik Negara Stabil, Berjaya Tarik Pelabur Asing - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada 5 Bukti Malaysia Kini Di Kedudukan Terbaik - Fahmi

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad