web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zoo Negara Diiktiraf Antara Penjaga Panda Gergasi Terbaik Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 9:42PM

Pengiktirafan tersebut hasil audit pakar panda dari China yang datang ke Zoo Negara setiap tahun untuk membuat penilaian - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Zoo Negara diiktiraf kerajaan China sebagai antara penjaga panda gergasi terbaik dunia susulan kejayaan melaksanakan usaha konservasi haiwan itu sejak 2014 menerusi pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang.

Timbalan Presiden Zoo Negara Datuk Rosly @ Rahmat Amat Lana berkata ia hasil keberkesanan program itu dalam melahirkan anak panda bagi tempoh yang singkat.

“Pengiktirafan ini hasil audit pakar panda dari China yang datang ke Zoo Negara setiap tahun untuk membuat penilaian. Sebagai contoh tahun ini, mereka datang pada 26 hingga 28 Julai lepas dan melihat cara pengendalian panda termasuk pemakanan dan penjagaan haiwan tersebut,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Penghantaran Pulang Yi Yi dan Sheng Yi di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara di sini hari ini.

Beliau berkata Zoo Negara menerima pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang dari China pada 2014 yang dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Pasangan panda itu kemudiannya melahirkan tiga anak iaitu Nuan Nuan pada 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Jan 2018) dan Sheng Yi (30 Mei 2021).

Berikutan perjanjian program pinjaman di bawah Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Panda Gergasi Antarabangsa antara Malaysia-China, Nuan Nuan dihantar pulang ke republik itu pada 2017, disusuli Yi Yi dan Sheng Yi hari ini.

“Kita bernasib baik kerana mereka (pasangan panda) sangat serasi dengan persekitaran di Malaysia malah jika dibandingkan dengan negara lain, tempoh kelahiran anak panda kebanyakannya mengambil masa antara enam ke lapan tahun,” katanya.

Menurut Rosly, panda jantan dan betina lazimnya tidak hidup bersama walaupun di hutan atau kurungan kerana sifat asal mereka adalah gemar bersendirian.

“Dalam setahun, mereka hanya bertemu untuk tempoh tiga hari dan sepanjang itu kita akan memantau tempoh proses mengawan mereka. Biasanya tempoh mengawan itu berlaku dalam 10 hingga ke 15 minit dengan kadang kala ia berjaya dan sebaliknya,” katanya.

Bagi memastikan tahap kesihatan keluarga panda itu berada dalam keadaan baik, Rosli berkata Zoo Negara juga telah mengkhususkan lima kakitangan yang menjaga kebajikan mereka termasuk memberi makanan bernutrisi, selain memantau tahap kesihatan dengan mengambil darah mereka setiap bulan.

“Seekor panda memerlukan 25 kilogram (kg) buluh, 10 kg daun buluh, 6 kg rebung, sekilogram kek panda dan masing-masing 500 gram buah epal dan pear dalam sehari.

“Cara penjagaannya sama seperti manusia dan kita tidak boleh berlebihan dalam memberi makanan bergula seperti kek panda dan buah-buahan sebab takut mereka akan gemuk,” katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia-China Akan Bincang Tempoh Perjanjian Pinjaman Panda Gergasi - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada 5 Bukti Malaysia Kini Di Kedudukan Terbaik - Fahmi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penghantaran Pulang Anak Panda Yi Yi, Sheng Yi Ke China Ditangguhkan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad