web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tumpu Pagoh, Lenga Berisiko Banjir Lebih Buruk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 8:49PM

Keadaan Bandar Kota Tinggi yang masih ditenggelami air akibat limpahan air Sungai Johor ketika tinjauan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Polis akan menumpukan pemantauan sekitar kawasan Pagoh dan Lenga, di sini, berikutan kawasan tersebut dilihat berisiko berhadapan dengan banjir yang lebih buruk sekiranya cuaca hujan berterusan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata seramai 150 pegawai dan anggota di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar telah bersiap siaga menghadapi kemungkinan tersebut.

Beliau berkata ini termasuk membantu operasi pemindahan mangsa banjir, pemantauan rumah yang dikosongkan serta berkaitan dengan keselamatan dan pencegahan jenayah di kawasan terjejas banjir.

“Banjir di sekitar kawasan Pagoh dan Lenga akan menjadi buruk sekiranya air sungai di sekitar Segamat dan Labis menuju ke sini, ditambah dengan keadaan geografi yang rendah selain parit-parit sekitar yang tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.

“Selain 150 anggota yang dikhususkan itu, kita juga mempunyai anggota tambahan yang lain, selain turut mensiap siagakan aset-aset yang ada termasuk pacuan empat roda,” katanya dalam sidang media di IPD Muar, di sini, hari ini.

Raiz Mukhliz berkata setakat ini hanya dua jalan dinaiki banjir dengan Jalan Muar-Labis berhampiran Jambatan Sungai Tui ditutup untuk semua kenderaan manakala Jalan Kebun Kelapa Sawit-Jalan Tekam Pagoh berhampiran Lenga, masih boleh dilalui semua kenderaan.

Setakat jam 4 petang ini, seramai 28,099 mangsa banjir direkodkan di Johor dengan Muar merekodkan seramai 2,259 mangsa yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara.

Sementara itu, beberapa sungai di Segamat dan Muar masih melepasi paras bahaya, antaranya Sungai Muar di Segamat Kecil (Segamat) berada pada paras 37.35 meter (m); Sungai Muar di Lubuk Kepong (Segamat) 20.56m manakala Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar)pada paras 4.48m. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Perhilitan Pantau Kehadiran Buaya Di Pantai Labuan

3

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: Pengundi Pagoh Ditawar RM1,000?

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Sokongan Amat Luar Biasa’, Muhyiddin Yakin Pertahan Pagoh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad