web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Sokongan Amat Luar Biasa’, Muhyiddin Yakin Pertahan Pagoh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 5:12PM

Muhyiddin berkata, jentera partinya juga semakin kukuh dan optimis selepas pelancaran manifesto PN. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh berdasarkan sokongan padu yang diterimanya ketika berkempen di kawasan itu.

Penyandang Parlimen Pagoh itu berkata, jentera partinya juga semakin kukuh dan optimis selepas pelancaran manifesto Perikatan Nasional (PN).

“Sokongan amat luar biasa, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu dan sebahagian daripada orang bukan Melayu.

“Selepas pelancaran manifesto, pihak ketiga mendapati ia tawaran realistik yang boleh dilaksanakan dan inklusif kerana meliputi segenap lapisan masyarakat.

 “Walaupun begitu, kami tidak akan leka. Kami akan terus berusaha untuk menjelaskan manifesto kami kepada rakyat,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebook miliknya, semalam.

Pengerusi PN itu berkata, PN memberi sumbangan besar terhadap pemulihan ekonomi dan penularan wabak COVID-19 dengan mengatakan Perdana Menteri ketika ini tidak boleh mengambil kredit atas semua pencapaian tersebut.

“Hampir semua kerja dilakukan oleh PN, kamu tidak boleh memberikan kredit sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN).

“Walaupun ekonomi telah pulih berikutan data menunjukkan peningkatan agak baik dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kami mengambil langkah penting ketika negara dalam tempoh sukar,” katanya.

Muhyiddin turut berkata, PN harus telus kepada rakyat supaya mereka dapat memilih Perdana Menteri terbaik untuk negara, bukannya seseorang yang mempunyai kes mahkamah atau bekas banduan. - Getaran, 12 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad