web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Seseorang’ Lebih Berkuasa Beri Arahan Kepada Jho Low Namun Tidak Semestinya Najib - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 8:43PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa ‘seseorang’ yang lebih berkuasa telah memberikan arahan kepada Low Taek Jho, atau Jho Low, kerana adalah mustahil bagi ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menguasai berjuta-juta dolar wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa individu berkenaan.

Kevin Micheal Swampillai, 59, yang berkhidmat dengan BSI Bank Singapore dari 2010 hingga 2016 berkata ‘seseorang’ itu boleh jadi ketua pengarah atau perbendaharaan, atau seorang individu daripada kerajaan.

“Saya tidak fikir Jho Low boleh menguasai wang berjuta-juta dolar sesuka hati namun individu itu tidak semestinya Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-44 itu berkata demikian ketika disoal balas peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah bekas Perdana Menteri tersebut yang membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Kevin juga berkata bank itu hanya berurusan dengan Jho Low melalui bekas Pengurus Perhubungannya iaitu Yak Yew Chee oleh itu, beliau mempunyai interaksi yang amat terhad dengan ahli perniagaan tersebut dan mungkin bertemu dengannya dua atau tiga kali.

Saksi itu juga berkata Jho Low tidak pernah secara peribadi memaklumkan bahawa beliau rapat dengan Najib.

Kevin juga bersetuju dengan Muhammad Shafee bahawa hanya kerana SRC International Sdn Bhd dan 1MDB dimiliki oleh Kementerian Kewangan ketika Najib menjadi Menteri Kewangan, ini tidak bermakna Najib tahu semua transaksi yang membabitkan kedua-dua entiti.

Selain itu, Kevin berkata beliau dan rakan lain dari BSI Bank telah meluahkan rasa syak wasangka mereka berhubung 1MDB dan SRC International kepada pihak atasan bank tersebut namun digalakkan untuk meneruskan transaksi yang menguntungkan serta membabitkan jumlah wang yang besar.

Katanya beliau berasa pelik kerana kesemua syarikat berkaitan kerajaan atau dana kekayaan negara Malaysia itu telah memilih BSI Bank yang bukan sebuah bank besar dan mengesahkan transaksi yang dilakukan membabitkan jumlah wang yang besar.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 17 April depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

4

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan