web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Di Johor Agak Kritikal - Onn Hafiz

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 3:37PM

Beberapa pekerja bengkel motosikal memindahkan kenderaan pelanggan ke tempat tinggi selepas kedai mereka di Bandar Kota Tinggi ditenggelami air hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan banjir yang melanda negeri ketika ini sebagai agak kritikal dengan lebih 20,000 penduduk terjejas bencana alam itu.

Beliau berkata semua pihak daripada kerajaan Persekutuan dan negeri telah berganding bahu bagi memastikan rakyat menerima bantuan secepat mungkin.

“Saya harap mangsa bersabar dan kita doa banjir kali ini cepat surut dalam masa terdekat, cuaca hari ini bertambah baik di Segamat,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman, di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata mangsa banjir yang dilaporkan terperangkap sebelum ini juga berjaya diselamatkan pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.

Beliau menambah dalam keadaan krisis seperti ini komitmen yang diberikan semua pihak adalah baik terutamanya dalam menyediakan makanan, khemah serta keperluan lain.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Makhota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkenan menyumbangkan bantuan makanan dan prihatin dengan nasib mangsa banjir.

Setakat ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir melonjak lebih dua kali ganda kepada 25,213 orang pagi ini melibatkan semua 10 daerah.

Segamat merupakan daerah yang paling teruk terjejas dengan 2,050 keluarga dipindahkan ke 55 PPS, diikuti Kluang dengan seramai 1,559 keluarga di 39 PPS; Kota Tinggi seramai 769 keluarga di 18 PPS; Johor Bahru melibatkan 607 keluarga di 12 PPS dan Pontian dengan 58 keluarga di lima PPS.

Tinjauan Bernama di Segamat mendapati paras air turun tetapi beberapa laluan masih tidak dapat dilalui untuk kenderaan ringan.

Keadaan air Sungai Segamat yang tinggi dan deras turut menjadi perhatian orang ramai dengan beberapa kenderaan dilihat diletakkan di tepi jalan sepanjang laluan masuk ke bandar Segamat selepas rumah dinaiki air. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kemalangan Maut 3 Sekeluarga: Pemandu Treler Positif Dadah Hadap 3 Tuduhan Membunuh

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 42 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad