web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Vincent Tan Lepas Jawatan, Tunku Tun Aminah Kini Pengerusi BCorp

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 7:22AM

Vincent Tan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif kumpulan itu yang berkuat kuasa semalam.

Beliau yang menyambut ulang tahun ke-71 pada bulan lepas, akan menggalas tugas sebagai penasihat dan memberi nasihat kepada Lembaga Pengarah selain menyokong pertumbuhan kumpulan, kata BCorp dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Perubahan lain Lembaga Pengarah yang menampilkan barisan baharu dengan kesemuanya wanita termasuk Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan Vivienne Cheng Chi Fan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Bersama.

Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail - Gambar fail
Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail - Gambar fail

Menurut kumpulan itu, Nerine Tan Sheik Ping dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Bersama; Norlela Baharudin sebagai Pengarah Eksekutif;  Chryseis Tan Sheik Ling selaku Pengarah Eksekutif; Dr. Jayanti Naidu G. Danasamy sebagai Pengarah Bukan Eksekutif; Penelope Gan Paik Ling sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Datuk Leong Kwei Chun sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Kesemua perubahan itu berkuat kuasa pada 1 Mac, 2023.

Mengulas perubahan itu, Vincent menyifatkan barisan baharu Lembaga Pengarah BCorp sebagai paparan komitmen kumpulan untuk mengetengahkan usasha pemerkasaan wanita di tempat kerja.

“Saya yakin dengan keupayaan wanita dalam Lembaga Pengarah ini dalam mengemudi kumpulan ini ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata tugas sebagai penasihat itu memerlukannya untuk terus terbabit dalam aktiviti kumpulan serta perniagaannya dan pada masa sama dapat menumpukan kepada yayasan kebajikannya, Yayasan MyFirst Home. 

“Saya amat teruja dengan usaha mencari penyelesaian bagi membantu kalangan B40 memiliki rumah sendiri dan inilah alasan utama saya menubuhkan Yayasan MyFirst Home dengan sumbangan peribadi RM5 juta bagi pembiayaan kos permulaan serta operasi,” katanya.

Dalam pada itu, kumpulan berkenaan turut mengumumkan pelantikan Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching sebagai Timbalan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Berjaya Land Bhd (B-Land) dan Tan Peng Lam sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif B-Land, juga berkuat kuasa 1 Mac, 2023.

Selain itu, Syed Ali Shahul Hameed dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan B-Land dan Datuk Abdul Rahim Md Zin sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan B-Land manakala Datuk Robert Yong Kuen Loke kekal berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif B-Land. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad