web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Negeri Dijangka Alami Hujan Sangat Lebat Berstatus Bahaya Sehingga Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 9:08PM

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan sangat lebat berstatus bahaya secara berterusan akan berlaku membabitkan empat negeri sehingga esok - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan sangat lebat berstatus bahaya secara berterusan akan berlaku membabitkan empat negeri sehingga esok.

Empat negeri tersebut adalah Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut jabatan tersebut, di Pahang hujan sangat lebat berstatus bahaya dijangka berlaku di lima daerah iaitu di Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Manakala, tiga lagi negeri akan mengalami hujan sangat lebat berstatus bahaya di seluruh negeri.

“Selain itu, METMalaysia juga meramalkan hujan lebat berterusan berstatus buruk di empat daerah di negeri Pahang iaitu di Kuala Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh juga sehingga esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut jabatan kaji cuaca itu lagi, amaran hujan lebat berterusan berstatus waspada juga turut dikeluarkan membabitkan beberapa negeri iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Terengganu, Pahang dan Sarawak.

“Di Perak hujan berterusan dijangka berlaku membabitkan daerah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di negeri lain membabitkan keseluruhan kawasan sepanjang hari ini.

“Turut mengalami keadaan sama adalah di Terengganu, Tanah Tinggi Cameron (Pahang), Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah sehingga esok,” katanya.

Jelas METMalaysia, amaran hujan berterusan berstatus bahaya dikeluarkan apabila terdapat tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” katanya. - Getaran, 1 Mac 2023


 



 



 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Alhamdulillah, Hujan Rahmat Membasahi Bumi Makkah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad