web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usaha Damai Di Mindanao Harus Capai Kejayaan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 8:53PM

Anwar Ibrahim dan Ferdinand R Marcos Jr ketika mengadakan mesyuarat dua hala pada lawatan rasmi dua hari ke Filipina di Istana Malacanang hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANILA - Usaha mencapai kedamaian di Mindanao, yang terletak di selatan Filipina, harus berjaya kerana kegagalannya mampu menjejaskan bukan hanya negara itu dan Malaysia tetapi juga seluruh rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memuji Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr kerana mengorak langkah yang besar dalam usaha memastikan proses damai di  Mindanao mencapai kejayaan.

"Adalah menjadi tugas kita (Malaysia) sebagai jiran yang baik untuk menyokong usaha ini, kita harus memanfaatkan semua kaedah dalam hubungan dua hala dan pelbagai hala untuk mencapainya.

"Proses damai (di Mindanao) ini harus berjaya kerana ia bukan sahaja mampu menjejaskan Filipina dan Malaysia tetapi juga seluruh rantau ini," katanya pada sidang akhbar bersama selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Marcos di Istana Malacanang di sini.

Anwar tiba di Manila hari ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari, yang kelima ke negara ASEAN selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada akhir tahun lepas.

Terdahulu, Anwar diberikan sambutan rasmi di Istana Malacanang dan beliau turut memeriksa kawalan kehormat yang dibarisi 165 anggota Angkatan Tentera Filipina.

Mengiringi Perdana Menteri semasa lawatan rasmi itu ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa anggota Kabinet beliau. 

Perdana Menteri juga berkata Malaysia kekal komited untuk memainkan peranan yang konstruktif dalam proses damai di Mindanao.

"Malaysia juga akan terus menawarkan bantuan kepada masyarakat Bangsamoro dan pelbagai program pembinaan keupayaan termasuk menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)," katanya.

Beliau berkata terdapat peluang besar yang boleh diteroka oleh kedua-dua negara sekiranya usaha damai di Mindanao meraih kejayaan. 

Sementara itu, Presiden Marcos memuji kemajuan yang dicapai ke arah keamanan yang mampan dan inklusif di Mindanao. 

"Ia adalah gabungan selama bertahun-tahun dan usaha serta keikhlasan dalam kalangan semua pihak yang bakal merealisasikan dividen kedamaian tidak lama lagi," katanya. 

Beliau berkata Filipina mengiktiraf sumbangan besar Malaysia dalam proses damai di selatan negara itu. 

Katanya beliau berharap sokongan yang ditunjukkan oleh Malaysia akan terus menyumbang kepada kejayaan proses damai dan penubuhan Wilayah Autonomi Bangsamoro. 

Menyentuh isu imigran Filipina di Malaysia, Anwar berkata beliau telah meminta bantuan dan kerjasama negara itu untuk mempercepat proses dokumentasi supaya mereka boleh dihantar pulang tepat pada masanya.

"Saya turut mengulangi kesediaan Malaysia untuk mengadakan perbincangan dengan Filipina mengenai kaedah menangani pendatang tanpa izin dari negara itu di Malaysia," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan