web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PN Amat Dialu-Alukan Bentang Belanjawan Bayangan – Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 8:37PM

Dr Dzulkefly Ahmad berkata, PN amat dialu-alukan untuk mendedahkan belanjawan alternatif berbanding yang dibentangkan Perdana Menteri Jumaat lepas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PH) menggesa Perikatan Nasional (PN) supaya menunjukkan keberanian sebagai pembangkang dan membentangkan belanjawan bayangannya.

Berucap di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen AMANAH itu berkata, blok pembangkang sebelum ini telah melakukan perkara tersebut.

“Mereka (pembangkang) mempunyai hak untuk menentang (Belanjawan) dan menyatakan pandangan mereka terhadapnya, tetapi saya fikir adalah lebih baik untuk kita mengingatkan mereka bahawa mereka boleh membentangkan versi belanjawan mereka sendiri.

“Semasa kita menjadi pembangkang suatu ketika dahulu, bermula daripada Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan akhirnya Pakatan Harapan (PH), kita sentiasa mengeluarkan belanjawan alternatif, tanpa gagal,” katanya semasa membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, PN amat dialu-alukan untuk mendedahkan belanjawan alternatif berbanding yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun-PH), Jumaat lepas.

Pada Isnin, Hamzah Zainudin (Larut-PN) meragui keupayaan kerajaan melaksanakan langkah yang digariskan dalam Belanjawan 2023 - Gambar Fail
Pada Isnin, Hamzah Zainudin (Larut-PN) meragui keupayaan kerajaan melaksanakan langkah yang digariskan dalam Belanjawan 2023 - Gambar Fail

Sambil menggesa pembangkang mempertimbangkan untuk berbuat demikian, Dzulkefly berkata, Kabinet bayangannya pasti mempunyai Menteri Kewangan (bayangan) yang boleh mengkaji untuk membentangkan belanjawan alternatif.

Berdasarkan senarai Ahli Parlimen dalam Kabinet bayangan PN yang dikeluarkan pada 2 Februari lalu, Datuk Mohd Radzi Jidin (Putrajaya-PN) adalah pemimpin yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan dan ekonomi.

Pada Isnin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut-PN) meragui keupayaan kerajaan melaksanakan langkah yang digariskan dalam Belanjawan 2023, dengan merujuk dasar tertentu mungkin terlalu bagus untuk menjadi kenyataan.

Seorang lagi Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor-PN) menuduh ucapan Belanjawan 2023 Anwar menggunakan retorik “haluan kiri” yang boleh memulakan “pertembungan kelas” di negara ini. – The Vibes, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Larangan Penuh Penjualan Rokok Elektronik, Produk Vape Bakal Dilaksana - Dr Dzulkefly

3

Semasa 1 tahun yang lalu

9.2 Juta Dos Vaksin COVID-19 Terpaksa Dibuang Kerana Tamat Tempoh - Menteri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan