web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majikan Berhentikan Pekerja Tempatan Akan Dibatalkan Kelulusan Kuota

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 5:00PM

Tindakan majikan atau syarikat yang memberhentikan pekerja tempatan dan menggantikan mereka dengan pekerja asing adalah bertentangan dengan Seksyen 60M Akta Kerja 1955 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kelulusan kuota untuk majikan menggaji pekerja asing menerusi Pelan Kelonggaran Pengajian Pekerja Asing (PKPPA) akan dibatalkan sekiranya didapati melakukan pemberhentian terhadap pekerja tempatan, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Beliau menerusi kenyataan hari ini berkata tindakan majikan atau syarikat yang memberhentikan pekerja tempatan dan menggantikan mereka dengan pekerja asing adalah bertentangan dengan Seksyen 60M Akta Kerja 1955.

 Mana-mana majikan atau syarikat yang didapati melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi setiap satu kesalahan, katanya.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri melaksanakan PKPPA bermula 17 Jan sehingga 31 Mac ini untuk menyegerakan kelulusan permohonan kuota pekerja asing di lima sektor kritikal iaitu perladangan, perkilangan, pembinaan, pertanian dan perkhidmatan (restoran).

Sivakumar berkata KSM telah menerima banyak aduan mengenai syarikat tempatan yang telah mendapat kelulusan kuota pekerja asing dan kemudiannya mengambil tindakan pemberhentian terhadap pekerja tempatan dengan aduan terbaharu melibatkan pemberhentian 102 pekerja tempatan di Pulau Pinang.

“Saya ingin memberi peringatan tegas kepada para majikan dan syarikat tempatan bahawa kelulusan kuota dan kebenaran penggajian pekerja asing kepada mereka adalah bagi menampung kekurangan guna tenaga dan bukan sesekali dijadikan alasan bagi menggantikan pekerja tempatan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata majikan perlu memberi keutamaan setiap kekosongan pekerjaan yang ada di dalam negara ini kepada rakyat dan pekerja tempatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad