Berita Terkini

29 minit yang lalu: Perumahan bermasalah beri kesan tidak langsung kepada 125,000 isi rumah- Akmal Nasrullah 1 jam yang lalu: Lawatan negara Presiden Singapura Halimah Yacob ke Malaysia bukti hubungan kukuh, persaudaraan erat kedua-dua negara dan rakyat - Agong 2 jam yang lalu: Polis sedang siasat video tular dua lelaki hina Nabi - Saifuddin 3 jam yang lalu: Kelantan beri bantuan Hari Raya RM700 kepada penjawat awam negeri - Menteri Besar 3 jam yang lalu: Cadangan cagaran KWSP bagi pembiayaan kewangan bank tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP - PM Anwar

IKUTI KAMI


Najib Tahu Transaksi 1MDB Melalui Akaun BSI Bank - Bekas Jurubank

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 4:31PM

1MDB dan beberapa anak syarikatnya menggunakan dana fidusiari bank berkenaan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetahui urus niaga berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berlaku melalui cawangan BSI Bank Ltd di Singapura.

Berdasarkan keterangan mantan Ketua Perkhidmatan Pengurusan Kekayaan BSI Bank, Kevin Michael Swampillai pada perbicaraan utama kes 1MDB hari ini, menjelaskan 1MDB dan beberapa anak syarikatnya menggunakan dana fidusiari bank berkenaan.

Kevin berkata, perkhidmatan bank terbabit dengan 1MDB berlaku seawal 2011, bermula dengan SRC International Sdn Bhd selepas beliau diperkenalkan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, oleh mantan Pengurus Perhubungan BSI Bank, Yak Yew Chee.

Bekas jurubank itu berkata, terdapat banyak sebab beliau beranggapan urus niaga itu diketahui Najib kerana jumlah yang disalurkan masuk dan keluar daripada dana adalah besar.

“Walaupun arahan untuk melaksanakan urus niaga ini dimaklumkan oleh pelbagai pekerja syarikat klien kepada pengurus perhubungan BSI Bank, Yew Chee, saya sentiasa beranggapan urusniaga ini dilakukan dengan pengetahuan Najib, Perdana Menteri ketika itu.

“Saya membentuk tanggapan ini berdasarkan fakta berikut:”

“1.  SRC adalah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan ketika Najib menjadi Menteri Kewangan.

“2.  Najib adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dan tambahan pula 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

“3.  Jho Low membuat pelbagai makluman kepada BSI Bank bahawa dia adalah penasihat kepada Najib, yang dimaklumkan kepada saya oleh pihak atasan dan pengurus perhubungan saya, Yew Chee.

“4.  Bahawa dalam menghadapi soalan berterusan oleh BSI Bank mengenai destinasi akhir dan penggunaan dana yang disalurkan melalui dana fidusiari, tindak balas konsisten Jho Low adalah bahawa urus niaga ini adalah pelaburan kerajaan-ke-kerajaan yang sangat sulit. Oleh itu, tiada maklumat lanjut boleh disediakan.

“5.  Akhirnya, saiz urus niaga ini adalah pada magnitud dan kekerapan yang tinggi sehinggakan mereka perlu mempunyai jenis kelulusan tertinggi tertentu seperti yang dikeluarkan oleh pegawai kerajaan yang berjawatan tinggi seperti Perdana Menteri.

Menurut Kevin lagi, pada mulanya beliau bingung mengapa Jho Low memilih untuk menggunakan penyelesaian dana fidusiari dan bukannya penyelesaian lain seperti struktur insurans dan amanah.

“Bagaimanapun, dengan melihat semula berdasarkan maklumat yang keluar dalam domain awam sejak 2015, adalah jelas bahawa Jho Low berniat agar dana fidusiari itu lebih baik kerana memberi ilusi optik kepada pelbagai pihak berkepentingan di Malaysia dan di tempat lain bahawa dana milik SRC, 1MDB, dan Aabar dilaburkan dalam instrumen pelaburan bonafide seperti dana pelaburan.

“Terdapat penyelesaian fidusiari lain selain struktur dana seperti struktur insurans dan amanah yang juga boleh digunakan untuk memudahkan pengaliran wang dan mengaburkan identiti pelanggan,’’ katanya.

Kevin menjelaskan bahawa dana fidusiari BSI Bank termasuk Cistenique Investment Fund, Enterprise Emerging Market Fund, Devonshire Capital Growth Fund (Devonshire) dan Bridge Absolute Return Fund.

Semua ini adalah dana fidusiari pada panel penyelesaian dana fidusiari BSI Bank yang disediakan untuk semua pelanggan bank yang mencari penyelesaian sedemikian, termasuk 1MDB, 1MDB Global Investment Limited (1MDB GIL), SRC dan Aabar BVI Ltd (sebuah entiti palsu diketahui dikaitkan dengan Jho Low).  

Dalam perbicaraan yang sedang berlangsung, Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. – The Vibes, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Kakitangan Hospital Didakwa Memandu Bawah Pengaruh Alkohol

2

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Saman Fitnah: MB Kedah Nafi Berniat Jahat

3

Semasa 3 hari yang lalu

Pendakwaan Salah: Sundra Rajoo Tidak Teruskan Saman Terhadap Tommy Thomas Dan 12 Lagi

4

Semasa 4 hari yang lalu

Roger Ng Dakwa Tak Boleh Pulangkan AS$35 Juta Diambil Daripada 1MDB

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Dulu UMNO Dilabel Menutup Pintu Untuk Orang Muda Tapi Kini… - Dr Akmal

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Sesi Sekolah Di Kedah, Terengganu, Kelantan Lancar, Beberapa Sekolah Di Johor Tergendala

Semasa 2 jam yang lalu

60 Syarikat Gergasi, Multinasional Diminta Tampung Pembiayaan TVET - Anwar

Semasa 1 jam yang lalu

Pengeluaran KWSP: Kerajaan Tidak Akan Laksana Pendekatan Populis