web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Tiba Di Filipina Untuk Lawatan Rasmi 2 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 2:51PM

Anwar tiba untuk lawatan rasmi dua hari ke Republik Filipina hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANILA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi selama dua hari ke Republik Filipina

Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi kelimanya ke negara ASEAN sejak dilantik sebagai perdana menteri akhir tahun lepas.

Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isteri, mendarat di Pangkalan Udara Villamor pada 12.50 tengah hari.

Sebaik tiba di pangkalan udara itu, beliau disambut oleh Setiausaha Kebajikan Sosial dan Pembangunan Filipina Rexlon Gatchalian, selaku menteri pengiring.

Kemudian lagu kebangsaan Malaysia ‘Negaraku’ dimainkan, diikuti lagu kebangsaan Filipina ‘Lupang Hinirang’ (Tanah Terpilih).

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.

Pada sebelah petang, Anwar dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Ferdinand R Marcos Jr di Istana Malacanang dan akan diberikan sambutan negara, diikuti mesyuarat dua hala antara delegasi kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin juga akan mengadakan sidang media bersama selepas mesyuarat itu.

Esok perdana menteri dijadual menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘30 Tahun Selepas Gelombang Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat ASEAN’ di Universiti Filipina yang ditubuhkan pada 1908.

Beliau juga akan menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat daripada senat universiti itu serta mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Filipina.

Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke tanah air pada sebelah petang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad