Berita Terkini

7 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 7 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 7 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 7 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 8 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Penanda Aras Sijil Halal Diumum Dalam Masa Terdekat - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 9:22PM

Ahmad Zahid Hamidi berkata peluang bagi pembangunan industri halal sentiasa terbuka luas berikutan perdagangan halal di pasaran global diunjurkan mencecah RM22.34 trilion hingga 2030 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penanda aras berhubung pengeluaran sijil halal kepada usahawan akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia susulan satu perbincangan yang diadakan dengan Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) baru-baru ini.

“Kita akan selaraskan mengikut penanda aras yang telah ditentukan dan kita akan lihat semua syarat-syarat yang telah dikeluarkan.

“Dalam mesyuarat halal akan datang saya akan minta tempoh tertentu supaya diberikan satu penanda aras, lulus atau tidak lulus atau perlu pembaikan perlu ada tempoh dan bukan terlalu lama. Ini akan ditentukan JAKIM, Halal Development Corporation dan MITI,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke MARA Halal Industrial Park di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sukar mendapatkan sijil halal oleh sesetengah usahawan.

Sementara itu, dalam ucapannya beliau berkata peluang bagi pembangunan industri halal sentiasa terbuka luas berikutan perdagangan halal di pasaran global diunjurkan mencecah RM22.34 trilion hingga 2030.

“Nilai pasaran halal domestik Malaysia pula diunjurkan meningkat kepada RM400 bilion, sekali gus menyumbang 11 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030,” katanya.

Pada majlis itu Ahmad Zahid melancarkan penjenamaan semula Kompleks Industri Makanan Mara (KIMAR) kepada MARA Halal Industrial Park. 

Beliau berkata KIMAR merupakan salah satu penyumbang penting kepada pembangunan industri halal negara.

Katanya ekosistem keusahawanan halal merangkumi kemudahan latihan untuk membangunkan modal insan, pembangunan perniagaan serta menyediakan kemudahan dalam bentuk fasiliti sokongan yang diperlukan oleh sesebuah perniagaan, seperti inkubator, premis perniagaan yang menepati spesifikasi industri halal, logistik halal serta akses kepada pasaran domestik dan antarabangsa.

Ahmad Zahid berkata pencapaian MARA yang kini mempunyai hampir keseluruhan ekosistem keusahawanan halal tersebut adalah sesuatu yang membanggakan.

Beliau berkata melalui program pembangunan industri halal yang dibangunkan MARA tahun lepas, seramai 12,500 usahawan telah menerima manfaat kemudahan keusahawanan menerusi latihan, geran peningkatan, pembiayaan perniagaan dan penyewaan premis. 

Katanya usahawan-usahawan tersebut telah berjaya menjana jualan tahunan sebanyak lebih daripada RM2 bilion dan telah mewujudkan lebih 15,000 peluang pekerjaan.

Ahmad Zahid turut merancang untuk melawat MARA Halal Industrial Park dalam masa enam bulan lagi dan ingin melihat pencapaian jualan yang lebih tinggi pada waktu itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Individu Tak Mampu Beri Sumbangan Kepada Organisasi Tidak Akan Dilantik - Ahmad Zahid

2

Semasa 6 hari yang lalu

Majlis Madani Platform Bina Negara Madani Sempurna

3

Semasa 6 hari yang lalu

Usahawan Selebriti Norjuma Diisytihar Bankrap

4

Politik 1 minggu yang lalu

Keputusan Pemilihan UMNO Bukti Sokongan Padu Kepada Kerajaan Perpaduan - Zahid

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Pertimbang Buka Semula Kedutaan Yang Ditutup Sebelum Ini

Semasa 18 jam yang lalu

Anwar Tiba Di Phnom Penh, Lawatan Rasmi Perkukuh Hubungan Malaysia-Kemboja

Semasa 1 hari yang lalu

Pecah Monopoli: Tiada Isu Kekurangan Tenaga Kerja - Sivakumar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Penyewa Lelaki Terlibat Kes Penemuan Puluhan Bangkai Kucing