web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Bimbang Malaysia Airlines, Boustead Holdings Jadi Sasaran ‘Waris’ Sulu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 5:59PM

Azalina Othman Said berkata, strategi kumpulan terbabit ketika ini adalah menyasarkan aset komersial milik Malaysia - Gambar Fail Japen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dalam keadaan waspada terhadap cubaan kumpulan yang mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu untuk memperoleh aset lain melibatkan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, strategi kumpulan terbabit ketika ini adalah menyasarkan aset komersial milik Malaysia kerana mereka telah “mencuba segala-galanya" berikutan anugerah AS$14.92 bilion (RM62.56 bilion) yang diberikan oleh penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa tahun lalu.

Katanya, Boustead Holdings dan Malaysia Airlines antara contoh syarikat yang mungkin menjadi sasaran seterusnya kumpulan terbabit.

“Kita perlu sangat, sangat berwaspada tentang perkara ini,” katanya selepas taklimat mengenai perkara itu di Parlimen, awal hari ini.

Beliau menyifatkan percubaan merampas aset itu sebagai “rompakan komersial” dengan pihak yang menuntut menggunakan cara komersial untuk “merompak Malaysia”.

Ini berlaku selepas Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sita baharu kepada dua anak syarikat PETRONAS, minggu lalu.

Malaysia tidak pernah mengambil bahagian dalam timbang tara itu kerana kekal dengan pendirian bahawa proses itu adalah tidak sah.

Negara sudah mendapat penangguhan bagi tuntutan itu di Perancis tetapi keputusan tetap boleh dikuatkuasakan di 165 negara di bawah Konvensyen Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara (Konvensyen New York), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebelum ini, Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan Perlembagaan luar biasa yang difailkan oleh kumpulan terbabit.

Rayuan itu adalah untuk mencabar pembatalan berhubung pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dalam pertikaian dan kegagalan mereka dalam proses rayuan bermakna Mahkamah Perlembagaan Sepanyol mengesahkan kedudukan Malaysia.

Mahkamah Tinggi Kehakiman Madrid pada mulanya melantik Stampa sebagai penimbang tara untuk pertikaian itu pada 2019, tetapi dua tahun kemudian mahkamah yang sama membatalkan pelantikan itu yang juga secara retroaktif membatalkan tindakannya sebagai penimbang tara termasuk anugerah awal yang diberikan.

Kumpulan Sulu kemudiannya mematuhi pembatalan itu dan mengambil langkah melantik penimbang tara lain serta pada masa sama memfailkan rayuan Perlembagaan untuk membatalkan pembatalan tersebut.

Dalam satu kenyataan selepas taklimat itu, Azalina berkata, anugerah yang diberikan oleh Stampa bertentangan dengan dasar awam antarabangsa kerana ia menyentuh imuniti diplomatik, bidang kuasa dan kedaulatan Malaysia.

Azalina juga menegaskan kerajaan akan menggunakan semua sumber dan haknya untuk menghentikan tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan tersebut. – The Vibes, 28 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

2

Semasa 6 bulan yang lalu

14,000 Kes Buli Setahun Faktor Penggubalan Akta Anti-Buli Dipercepat - Azalina

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MAS Sahkan Masalah Enjin Punca MH199 Lakukan Pendaratan Kecemasan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar