web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Mungkin Tanggung Defisit Fiskal Jika Kadar Gaji Penjawat Awam Ditambah Baik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 4:26PM

Anwar berkata, tindakan itu tidak sesuai dilakukan ketika ini walaupun beliau secara prinsipnya bersetuju jika gaji penjawat awam ditambah baik. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan mungkin akan menanggung defisit fiskal sehingga 6.5 peratus jika kadar gaji penjawat awam ditambah baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu tidak sesuai dilakukan ketika ini walaupun beliau secara prinsipnya bersetuju jika gaji penjawat awam ditambah baik.

Beliau menjelaskan, kerajaan ketika ini terpaksa menanggung hutang RM1.5 trilion dengan defisit fiskal negara pula berada kedudukan 5.6 peratus.

“Jika ia (gaji penjawat awam ditambah baik) dilakukan maka, tiada  orang akan datang melabur dalam negara kita dan mereka tidak yakin bahawa kita ada tekad politik untuk menguruskan negara dengan baik.

“Sabarlah sekejap. Itu pun (Belanjawan 2023) daripada hasil yang banyak itu, saya sudah curahkan kepada semua peringkat masyarakat,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa mengenai Islam dan Islamofobia: Ke Arah Bermakna Penglibatan Melalui Pendekatan Madani di sini, hari ini.

Tambah Perdana Menteri, semua pihak perlu memahami bahawa amat penting untuk kerajaan menyelamatkan golongan miskin tegar yang kehidupan mereka lebih teruk berbanding pekerja lain.

Beliau memberitahu, pihaknya memahami bahawa politik mengundang pelbagai ‘kefahaman’ namun tidak mudah untuk kerajaan menangani isu berkenaan.

“Pesawah padi, pekebun getah dan nelayan adalah semua orang yang susah dan bagi saya, kita sekurang-kurangnya hidup susah namun, bagi mereka hendak hidup pun susah,” katanya.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) melahirkan kekecewaan apabila Belanjawan 2023 dianggap sebagai tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihadapi penjawat awam ketika ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat berkata, tiada sebarang komitmen yang diberikan oleh kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah, yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam supaya lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup.

“Faktor gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak pada ketika ini kerana kadar semasa dilihat tidak lagi relevan dengan peningkatan kos sara hidup, yang naik dengan begitu mendadak terutama membabitkan keperluan asas seperti makanan, kesihatan dan perumahan.

“Malah, inisiatif kerajaan memberikan pengurangan cukai pendapatan individu sebenarnya tidak memberi kesan yang besar kepada pendapatan rakyat terutama penjawat awam,” katanya. - Getaran, 27 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad