web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zulkapli Dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Berkuat Kuasa Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 11:00AM

Zulkapli (kanan) menerima warkah pelantikan sebagai KPPA daripada Mohd Zuki. - Gambar daripada Facebook Mohd Zuki Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Dr Zulkapli Mohamed dilantik mengisi kekosongan kerusi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), berkuat kuasa serta merta hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang mengumumkan pelantikan itu berkata, pemilihan Zulkapli adalah kerana beliau mempunyai pengalaman luas sepanjang 31 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Dr Zulkapli Mohamed sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam berkuat kuasa pada 27 Februari 2023,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook. 

Zulkapli, 58, berkelulusan ljazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia (USM), Ijazah Sarjana Pembangunan Antarabangsa dari University of Japan dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi (Kewangan Antarabangsa) dari Universiti Meiji, Jepun.

Memulakan tugas dalam perkhidmatan awam sejak 1992, jawatan pertama disandangnya adalah Penolong Setiausaha di Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kelayakan pelantikan itu berdasarkan pengalaman beliau dalam pelbagai bidang, termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan, pembangunan modal insan.

Malah, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Solid Waste and Public Cleansing Management Corporation (SWCorp) dan Setiausaha Persekutuan Sabah di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

“Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti dimiliki Zulkapli, (beliau) mampu menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menyokong usaha, selain memastikan pembaharuan sektor awam selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

Terdahulu, jawatan KPPA kosong selepas perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah ditamatkan berkuat kuasa 12 Disember tahun lalu.

Ia susulan insiden beliau didakwa mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pegawai Jabatan Imigresen  (Imigeresen) yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3 Ogos lalu, sehingga tular di media sosial. - Getaran, 27 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi