web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bicara 1MDB, Rayuan Kes SRC Ditangguh, Peguam Najib Jalani Kuarantin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 1:03PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi di sini berhubung skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan rayuan berkaitan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Rayuan, telah ditangguhkan kerana seorang daripada peguam utamanya sedang menjalani kuarantin COVID-19.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee melalui mesej WhatsApp kepada wartawan hari ini.

"Kedua-dua kes (SRC dan 1MDB) terpaksa dilapangkan minggu ini kerana seorang daripada peguam utama pasukan kami menjalani ujian dan kuarantin kerana kontak rapat kepada beberapa pesakit  COVID-19 yang disahkan.

“Memandangkan seluruh pasukan telah bekerja rapat dengan peguam, langkah berjaga-jaga perlu diambil,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib melalui pesanan WhatsApp berkata pihak pembelaan telah memohon penangguhan Jumaat lepas.

"Mereka menghantar surat ke mahkamah lewat petang Jumaat,” katanya sambil menambah Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan pihka pembelaan.

Hari ini, pihak pembelaan sepatutnya memeriksa balas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, yang merupakan saksi pendakwaan ke-10.

Beliau telah memberi keterangan sejak September tahun lalu.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. 

Bagi kes SRC, Najib mengemukakan rayuan terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan CBT, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Pendengaran rayuannya dalam kes SRC ditetapkan untuk bersambung pada Khamis ini. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad