web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Langgar Syarat, DBKL Tutup 3 Premis Hiburan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 8:20PM

Salah seorang anggota penguatkuasa DBKL menutup sebuah premis hiburan kerana melanggar syarat lesen PBT, malam tadi. - Gambar dari Facebook DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga premis hiburan yang didapati melanggar syarat lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditutup dalam serbuan malam tadi.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, tindakan tersebut diambil dalam operasi Tindakan Khas Premis Berisiko (Kelab/Premis Hiburan) sekitar kawasan tersebut.

Menurutnya, operasi berkenaan bermula jam 9 malam dan berakhir 2 pagi tadi.

“Menerusi risikan dan maklumat dari pasukan penguatkuasa DBKL, beberapa premis di lokasi tumpuan (hotspot) yang menjalankan aktiviti restoran, pub, kelab malam dan pusat hiburan didapati telah melanggar syarat lesen. 

“DBKL membuat tindakan khas dengan menyerbu enam buah premis yang telah dikenalpasti dan tiga daripadanya dikenakan tindakan penutupan serta merta, manakala peralatan disita,” katanya.

Jelasnya, tindakan tersebut diambil berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

DBKL menyita pelbagai peralatan muzik di salah satu dari tiga premis di ibu kota, malam tadi.
DBKL menyita pelbagai peralatan muzik di salah satu dari tiga premis di ibu kota, malam tadi.

“Selain itu, DBKL juga membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (Live Band / DJ) tanpa kebenaran ) Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993.

“DBKL turut mengenakan tindakan sita terhadap 16 pelbagai peralatan muzik di tiga premis berkenaan melibatkan tablet, spinner, microfon, pembesar suara, mixer, dan beberapa peralatan lain,” katanya.

Menurut jurucakap tersebut, semua peralatan dirampas dihantar ke Setor Sitaan DBKL di Taman Miharja untuk proses dokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan selanjutnya diambil terhadap pemilik premis. 

“Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut kawasan tumpuan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya. - Getaran, 26 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad