web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langkah Kerajaan Galak Urus Tadbir Cekap Mampu Perkukuh Kewangan, Daya Tahan Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 12:46PM

Idzham Mohd Hashim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Usaha Kerajaan Perpaduan menggalakkan tadbir urus tulus, berintegriti dan cekap, khususnya dalam perolehan projek, mampu memastikan kekuatan kewangan dan daya tahan berterusan dalam kalangan semua lapisan masyarakat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB), Datuk Idzham Mohd Hashim berkata, pihaknya menyambut baik langkah itu yang akan memberi peluang dan mencipta kejayaan pada masa depan. 

Menurutnya, Belanjawan 2023 memberi petanda positif ke arah matlamat perniagaan IIB bagi unit perniagaan teras yang difokuskan, iaitu pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pendidikan dan pembinaan ekosistem.

“Selaras dengan Dasar Pelaburan Baharu, satu daripada inisiatif dinyatakan untuk merangsang pelaburan dalam sektor teknologi serta berimpak tinggi, ialah pengumuman bahawa Invest Malaysia Council serta Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) akan menerajui usaha mempercepat kelulusan projek pelaburan berpotensi tinggi.

“Kerajaan juga komited untuk mengurangkan birokrasi, termasuk memberi insentif kepada pihak berkuasa tempatan, demi memudahkan pelaksanaan pelaburan yang diluluskan bagi memastikan usaha pelaburan dapat dipercepatkan. 

“IIB mengalukan Belanjawan 2023 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana belanjawan ini mencerminkan prinsip tanggungjawab kerajaan, berikutan cabaran ekonomi global semasa sarat dengan ketidaktentuan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Idzham berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan kerajaan yang ingin memberikan tumpuan kepada pembangunan bakat, sebagai faktor penarik kepada pelabur asing untuk melabur dan beroperasi di Malaysia melalui kolaborasi antarabangsa bersama syarikat multinasional dengan menyediakan peluang perantisan.

“Cadangan kerajaan itu adalah selaras dengan aspirasi IIB untuk memacu tahap tenaga kerja mahir di Negeri Johor,” katanya. 

Dalam pada itu, Izham menegaskan, pihaknya akan terus memanfaatkan strategi kerajaan untuk mengukuhkan pembangunan Iskandar Malaysia melalui penubuhan zon ekonomi khas, dengan pakej insentif kompetitif untuk menarik pelabur antarabangsa.

Jelasnya, IIB memainkan peranannya dalam membangunkan Iskandar Puteri dengan menyediakan infrastruktur melalui penciptaan pekerjaan, peluang perniagaan bagi usahawan, pembangunan bakat dan meningkatkan kualiti hidup di situ.

“Sebagai sebahagian daripada usaha kami dalam menyokong pembangunan wilayah ekonomi Iskandar Malaysia, Iskandar Puteri diletakkan sebagai destinasi pelaburan utama dengan mencipta dan menarik pelaburan nilai tambah untuk merangkumi lebih banyak pasaran baharu muncul di Johor.

”Dengan keperluan untuk pendigitalan, IIB sudah memangkin ekosistem perniagaan mampan di Iskandar Puteri dengan menjadikan Medini Iskandar lokasi sesuai untuk komuniti inovasi dan teknologi berkembang maju.

“Strategi dan inisiatif kerajaan bagi tahun ini adalah menyeluruh dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya. - Getaran, 26 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Belanjawan Johor 2023 Menyeluruh, Galak Usaha Berterusan Iskandar Investment Berhad Bangunkan Negeri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar