Berita Terkini

14 minit yang lalu: Dewan Rakyat lulus tubuh 10 Jawatankuasa Pilihan Khas 14 minit yang lalu: Pemangku Raja Pahang sempurnakan penyampaian darjah, pingat kepada 166 penerima 17 minit yang lalu: Singapura dan Malaysia perlu memastikan rantau ASEAN bersatu dan berwibawa - Presiden Singapura 17 minit yang lalu: Jabatan Penjara perkasa program sistem bagi tangani kesesakan 18 minit yang lalu: Bakal jemaah haji Malaysia wajib lalui pemeriksaan kesihatan

IKUTI KAMI


PDRM Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Tidak Wujud Di 4 Negeri

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 10:52AM

Kejayaan itu berdasarkan hasil maklumat, risikan dan pemantauan polis sejak beberapa bulan lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) menumpaskan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor pada 21 Februari lalu. 

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kejayaan itu berdasarkan hasil maklumat, risikan dan pemantauan polis sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, sindiket skim pelaburan tidak wujud yang bergiat aktif itu, dikenali sebagai Alpha Mineral Global, Asia Investment VIP (AIV Trading), Max Profit Guides Empire (Max Profit) dan CGC Revolution and Management (CGC).

“Sindiket ini adalah dalang di sebalik beberapa skim pelaburan disyaki palsu yang baru sahaja ditubuhkan dan menawarkan pelaburan dengan kadar pulangan tinggi.

“Siasatan juga mendapati tawaran pelaburan itu dibuat sindiket berkenaan melalui pelbagai laman sosial,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, hasil daripada serbuan dilaksanakan pasukan JSJK itu, seramai 29 individu disyaki ahli sindiket berkenaan, masing-masing 19 lelaki dan 10 wanita warga tempatan ditahan polis.

Jelasnya, PDRM berjaya mendapatkan perintah tahanan reman antara satu hingga empat hari terhadap kesemua suspek yang berusia 24 hingga 38 tahun, bagi membantu siasatan. 

“Polis berjaya membuat rampasan barang, antaranya 75 unit telefon bimbit, wang tunai (RM14,501), kad debit ATM (73), kad pelajar (1), kunci kenderaan (9), barang kemas (64), fail, buku cek dan pelbagai resit. 

“Selain itu, polis merampas 14 komputer riba dan tablet, surat perjanjian pinjaman serta dokumen salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya.

Beliau berkata, PDRM menjangkakan jumlah mangsa terbabit dalam sindiket penipuan itu adalah masih kecil, memandangkan skim pelaburan berkenaan baru diwujudkan.

Kes kini sedang disiasat di bawah seksyen 420 kanun keseksaan kerana menipu,” katanya. 

Sehubungan serbuan itu, Noorsiah meminta mana-mana individu yang mungkin menjadi mangsa sindiket terbabit, tampil membuat laporan polis segera di balai polis berhampiran.

“PDRM juga mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan lebih terperinci, sebelum menyertai skim pelaburan atau simpanan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan.

“Sila buat semakan dan dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi, seperti semak mule, alert list Bank Negara Malaysia (BNM) dan Security Commission (SC), bagi mengelakkan diri menjadi mangsa skim penipuan,” katanya. - Getaran, 26 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Terbabit Penipuan Jual Darjah Datuk Seri Ratusan Ribu, 2 Individu Didakwa

2

Semasa 1 hari yang lalu

Kakitangan Hospital Didakwa Memandu Bawah Pengaruh Alkohol

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Hantaran Facebook Kaitkan KBS Dengan Gerakan Kristian

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ameyza Cekal Jadi Pengawal Peribadi Jaga Majikan Lelaki

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Sekolah Terjejas Banjir Di Johor Akan Dibuka Secepat Mungkin

oleh Susan Albert

Politik 18 jam yang lalu

Teruskan Perjuangan ABATA, Ahli UMNO Perlu Istiqamah Gembleng Tenaga - Wan Rosdy

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Johor Kini Guna Istilah Pengimbang, Ganti Pembangkang

Semasa 1 hari yang lalu

Kemalangan Ragut Nyawa 3 Individu Berpunca Pemandu Hilang Kawalan

oleh Farhana Farush