web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Hutan Simpan Bukit Cerakah: ‘Penuhi Bantahan Atau Calon PRN Selangor Ditolak’…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 10:23AM

Ketidakpedulian dan sikap ‘keras kepala’ kerajaan Selangor terhadap bantahan orang ramai, terutama penduduk setempat berhubung pembangunan Hutan Simpan Bukit Cerakah di Shah Alam akan menyaksikan pentadbirannya ‘berdepan padah’. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketidakpedulian dan sikap ‘keras kepala’ kerajaan Selangor terhadap bantahan orang ramai, terutama penduduk setempat berhubung pembangunan Hutan Simpan Bukit Cerakah di Shah Alam akan menyaksikan pentadbirannya ‘berdepan padah’, apabila mereka akan menolak calon diketengah PKR dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri berkenaan.

Itu amaran diberikan Parti Hijau Malaysia (PHM) bagi menunjukkan tanda protes orang ramai, khususnya masyarakat setempat di sekitar hutan simpan berkenaan yang juga pengundi di Dewan Undangan Negeri Kotak Anggerik, susulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bercadang membangunkan kawasan hutan simpan terbabit.

Setiausaha (Penaja) PHM, Abdul Razak Ismail berkata, pihaknya kesal dengan tindakan PKNS yang bercadang membangunankan 215 ekar daripada 300 ekar kawasan hutan simpan didakwa ‘konon miliknya’ itu.

“PKNS tidak peka bantahan orang ramai membangunkan Hutan Simpan Bukit Cherakah.

“Laporan mengatakan bahawa PKNS bercadang membangunkan projek perumahan bercampur, lot kedai dan pusat perniagaan komersial dikenali sebagai Bandar Sierra Alam di dalam kawasan kontroversi Hutan Simpan Bukit Cherakah, tetapi dibantah hebat dua NGO, iaitu Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) dan Shah Alam Community Forest (SACF) yang mengendalikan aktiviti rekreasi dan ‘hiking’ di situ, selain kerap disiarkan media tempatan sejak tahun lepas,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, pada tahun lepas PEKA dan SACF mengambil tindakan ‘Semakan Kehakiman’ (Judicial Review) terhadap Kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana tindakan ‘backdated’ tarikh penyahwartaaan hutan simpan tersebut yang dilaporkan diluluskan pentadbiran kerajaan terdahulu 23 tahun lalu, iaitu di bawah pimpinan Menteri Besar UMNO, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada 2000.

Katanya, ia secara senyap-senyap mewartakan 406 hektar hutan simpan tersebut pada 5 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, ujarnya, pada November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak ‘dismissed application for leave’ permohonan PEKA dan SACF terhadap kerajaan Selangor dan beberapa defendan lain.

“Peguam bagi kedua-dua plaintif, Tetuan Raj & Sach akan menfailkan permohonan ‘a stay pending the Appeal’ di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Isnin depan, bagi menghalang projek tersebut diteruskan untuk mengelakkan kerosakan terhadap hutan simpan tersebut,” katanya.

Abdul Razak berkata, PHM turut mengingatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Pengerusi PKNS bahawa pada tahun lalu, beliau mengarahkan pihak PKNS memberhentikan sebarang kerja tanah di hutan tersebut.

“Tambahan pula pihak plaintif sekarang sudah memfailkan pemohonan kes tersebut untuk didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

“Dalam masa sama, SACF sudah melancarkan petisyen dalam kalangan 16 ribu ahli Facebook dan berjaya mengumpul lebih 105,000 ribu tandatangan orang ramai yang membantah pemusnahan rimba komuniti serta rekreasi mereka itum” katanya.

Kemelut isu terbabit masih belum bernoktah sejak beberapa tahun lalu dan menyaksikan bantahan badan bukan kerajaan serta orang ramai, termasuk pada Oktober 2021, SACF mengadakan perhimpunan aman di hadapan kompleks Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, bagi menuntut penjelasan kerajaan negeri terhadap status nyahwarta Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah (HSKBC) berhampiran Seksyen U10.

Mereka hadir ke sana bagi menghantar permohonan temujanji untuk bertemu Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian ketika itu, bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu nyahwarta sebahagian HSKBC. - Getaran, 26 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

5 Cara Untuk Kenali Tumbuhan Yang Selamat Dimakan Dalam Hutan

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kebakaran Hutan Di Sepanyol Semakin Marak, Sukar Dikawal

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Kematian Kebakaran Hutan Di Maui, Hawaii Mencecah 110 Mangsa

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bomba Selamatkan Pencari Madu Lebah Terjatuh Ke Dalam Cerun

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad