web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Didakwa Bertindak Kejam Terhadap Anak Anjing, Warga Maya ‘Kecam’ Kakitangan MBPJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 9:31AM

Wanita terbabit menyifatkan kejadian yang berlaku pada 23 Februari lalu berkenaan sebagai ‘kekasaran melampau’. - Gambar MBPJ

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – ‘Tengok betapa kasarnya mereka, (pihak) kesihatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengendalikan anak anjing, tindakan ini sangat teruk,” dakwa seorang individu menerusi sebuah video memaparkan beberapa petugas pihak berkuasa tempatan itu sedang menangkap haiwan itu yang kini tular di media sosial.

Menerusi keterangan di video berdurasi 55 saat dikongsikan menerusi Facebook sebuah organisasi yang giat menjaga kebajikan dan menyelamatkan haiwan, terutama anjing terbiar itu, wanita terbabit menyifatkan kejadian yang berlaku pada 23 Februari lalu berkenaan sebagai ‘kekasaran melampau’.

Dakwanya, dalam kejadian pada jam 9.25 malam itu, kira-kira enam hingga tujuh lelaki yang bertugas sebagai kakitangan kesihatan MBPJ menangkap anjing terbiar, tetapi mengendalikannya dengan terlalu kasar.

Individu itu juga mendakwa, tindakan kasar terbabit menyababkan pengguna jalan raya yang lalu di situ, termasuk penunggang motosikal berhenti.

“Saya meminta mereka (kakitangan MBPJ) supaya tidak memegang anak anjing itu dengan kasar kerana ia menyalak kesakitan dan sebelah tangannya tersangkut di tali.

“Saya cuba sedaya upaya untuk merekodkan keseluruhan kejadian itu, tetapi keadaannya (di situ) huru-hara,” dakwanya.

Malah, dia mendakwa kakitangan MBPJ bertindak biadap terhadapnya apabila menyedari dia sedang merekodkan kejadian itu.

“Mereka berdiri berhampiran saya dan menghalang laluan saya bagi mengelakkan saya daripada merakam kejadian itu, malah mengejek saya dengan berkata, ‘Oh kata-kata yang hebat, tolong pergi’,” dakwanya.

Pada masa sama, wanita itu mempertikaikan tindakan kakitangan terbabit mengepung dan menakutkan anak anjing terbabit.

“Anda boleh lihat di penghujung video betapa penatnya anak anjing itu. Seramai enam hingga tujuh lelaki menakutkan anak anjing itu dan ia berada di bawah kereta.

“Mereka semua mengepungnya dan dia ketakutan. Kami tidak dapat menghalang mereka. Mereka terus ‘memerli’ kami

Melahirkan kesedihan dan kekecewaan berhubung kejadian itu, dia mahu tindakan kasar kakitangan PBT berkenaan diadukan kepada pihak berkaitan.

“Tolong bantu dalam hal ini, pekerja perlu diadu berhubung tingkah laku mereka terhadap haiwan,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen Facebook itu, netizen meluahkan kemarahan dan kekecewaan mengenai cara anak anjing terbabit dikendalikan, malah menyifatkan ‘layanan’ segelintir masyarakat terhadap haiwan semakin teruk pada zaman ini.

“Apa mereka rasa ini, mereka rasa sangat berkuasa ke layan haiwan seperti itu, tiada langsung empati. Benda ini akan tetap berulang selagi tiada tindakan diambil, termasuk terhadap staf, layan haiwan dengan rasa hormatlah,” kata Fatihah.

“Kenapa buat binatang yang tak berdaya macam ini. Kita diajar untuk menyayangi dan melindungi haiwan yang tak berdaya, sedih saya melihat keadaan macam ini,” komen seorang netizen.

“Cerita ini tidak pernah tamat. Harap boleh disampaikan kepada Tengku Permaisuri Selangor untuk menghentikan kekejaman MBPJ terhadap haiwan jalanan. Mereka tidak pernah sedar,” kata seorang pengguna.

Bagi makluman, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dikenali sebagai seorang pencinta haiwan dan sebelum ini bertitah pihak berkuasa, khususnya PBT menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) di pusat kurungan anjing dan kucing kendalian mereka.

Titah baginda, pihak berwajib diminta meneliti semula pendekatan baharu yang lebih holistik dalam menguruskan pusat kurungan haiwan terbiar ini.

Malah, ada netizen membuat pautan video itu ke akaun Facebook Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan meminta beliau mengetengahkan isu berkenaan menerusi media sosialnya.

“Tuan, boleh tolong ketengah isu ini di media sosial. Saya tidak tahu siapa lagi untuk meminta bantuan…Saya gembira jika anda boleh melakukan sesuatu untuk makhluk tidak berdaya…,” tulis seorang warga maya. – Getaran, 26 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kekerasan Terhadap Warga Kerja KKM Meningkat Sejak 2017

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Penguatkuasa Kasari Warga Emas, 9 Saksi Dipanggil

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Insiden Warga Emas Didakwa Diserang, Siasatan Terperinci Perlu Dijalankan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad