web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Insiden Warga Emas Didakwa Diserang, Siasatan Terperinci Perlu Dijalankan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 7:08AM

Siasatan yang terperinci perlu dijalankan oleh Unit Integriti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), susulan insiden seorang warga emas yang disyaki diserang semasa satu operasi penangkapan anjing - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan yang terperinci perlu dijalankan oleh Unit Integriti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), susulan insiden seorang warga emas yang disyaki diserang semasa satu operasi penangkapan anjing.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, situasi berkenaan diharapkan tidak berulang pada masa depan.

"Pejabat Parlimen Petaling Jaya memandang serius tindakan sekumpulan pegawai, dipercayai daripada MBPJ berhubung operasi penangkapan anjing di Jalan 18/17, Taman Kanagapuram pada tarikh yang tidak dikenal pasti.

"Seorang warga emas telah diserang (assaulted) semasa beberapa pegawai yang dipercayai daripada MBPJ menjalankan operasi penangkapan anjing," katanya.

Terdahulu, The Vibes melaporkan, bahawa satu insiden melibatkan seorang warga emas dan anjing peliharaan didakwa diserang oleh pegawai MBPJ telah tular di media sosial.

Dalam satu siri klip video yang pertama kali disiarkan di Facebook dan kini telah diedarkan di aplikasi WhatsApp, seorang penduduk kawasan itu berkongsi mengenai dakwaan serangan itu, yang dikatakan berlaku pada waktu malam beberapa hari lalu.

Ia dikatakan berlaku di Jalan 18/17 Taman Kanagapuram dan penduduk mendakwa, kira-kira enam hingga tujuh pegawai MBPJ 'menyerang seorang lelaki tua'.

Mengulas lanjut, Chean Chung berkata, pejabatnya juga telah mengeluarkan surat rasmi kepada Unit Integriti MBPJ semalam untuk memohon tindakan mereka berhubung kes berkenaan. 

“Kami memohon pencerahan MBPJ berhubung prosedur operasi standard (SOP) sekiranya ada, yang digunapakai MBPJ semasa menjalankan operasi penangkapan anjing. 

"Ini termasuk dengan tatacara pegawai yang terlibat semasa menjalankan operasi berkenaan," katanya. - Getaran, 25 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan