Berita Terkini

7 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 7 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 7 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 7 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 7 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Individu Cuba Gagalkan ‘Peperangan’ Terhadap Rasuah Layak Digelar Pengkhianat Negara - PATRIOT

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 7:00AM

Semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik perlu berdiri teguh di belakang Perdana Menteri untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan usahanya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menyifatkan sesiapa saja yang cuba menggagalkan ‘perang’ Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap rasuah di negara ini adalah pengkhianat negara.

Presidennya, Datuk Mohd Arshad Raji berkata, semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik perlu berdiri teguh di belakang Perdana Menteri untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan usahanya untuk memerangi rasuah sistematik dan salah guna kuasa di Malaysia, sekali gus memulangkan kekayaan negara kepada rakyat.

Menurutnya, komitmen Anwar untuk mengembalikan kekayaan negara itu juga sudah bermula dengan beliau ‘mengheret’ individu berprofil tinggi yang disyaki korup.

“Sudah tiba masanya semua individu yang sebelum ini mendapat manfaat daripada rakan baik, menjadi kroni pemimpin terdahulu atau ahli politik yang masih berkuasa berhadapan dengan undang-undang negara.

“Untuk bergerak ke arah itu, rakyat Malaysia mesti menyokong penuh pendirian Perdana Menteri dan tidak melindungi sesiapa pun jika mahu melihat keadilan ditegakkan,” katanya menerusi kenyataan.

Tegasnya, dengan kehadiran Anwar sebagai Perdana Menteri, ia adalah masa untuk mempercayai bahawa tiada siapa lebih berkuasa daripada undang-undang negara.

“Seperti disuarakan Perdana Menteri, beliau tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan rasuah. Kedaulatan undang-undang perlu dikembalikan ke landasannya dalam menangani individu korup tanpa mengira status atau kuasa.

Mohd Arshad Raji - Gambar Bernama
Mohd Arshad Raji - Gambar Bernama

“Agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu bebas dalam mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang.

“Sebarang tindakan atau keputusan mereka tidak boleh ada campur tangan daripada pemerintah,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Arshad berkata, rasuah kini sudah menular dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja di sektor awam atau swasta, malah di kementerian dan organisasi awam.

Pada masa sama, beliau menegaskan, pendirian tegas Anwar dalam membanteras rasuah secara besar-besaran itu tidak pernah diungkapkan mana-mana pemimpin politik terdahulu.

“Ketika Anwar menjadi Perdana Menteri ke-10, barulah rakyat Malaysia sedar bahawa rasuah, salah guna kuasa dan berbilion-bilion ringgit dibazirkan pemimpin berkuasa yang selama ini dilindungi,” katanya.

Tegasnya, jika seseorang individu yang berhadapan dengan pertuduhan rasuah didapati bersalah, wang rasuah diperolehinya perlu dikembalikan kepada negara.

Justeru, beliau berkata, PATRIOT berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada usaha Perdana Menteri dalam memerangi jenayah rasuah di negara tanpa melepaskan sesiapa pun.

“Perang sudah bermula, sudah tiba masanya kita sertai Anwar dalam ‘ibu segala pertempuran’ ini,” katanya. - Getaran, 26 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Anwar Merafak Sembah, Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Ibrahim

2

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Isteri Selesai Umrah, ‘Mendoakan Kesejahteraan Buat Rakyat, Negara’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Hayati Sambutan Hari Air Sedunia Dalam Usaha Pastikan Sumber Air Dijaga - Anwar

4

Semasa 2 hari yang lalu

Cagaran Wang Caruman KWSP Untuk Buat Pinjaman Bank Tidak Bercanggah Akta KWSP - PM

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kelewatan Komuter Lembah Klang Bersifat Sementara, Bukan Kurang Popular - Loke

Semasa 5 jam yang lalu

Anwar Merafak Sembah, Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Ibrahim

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Tahan 2 Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM3.22 Juta

Semasa 1 hari yang lalu

Hayati Sambutan Hari Air Sedunia Dalam Usaha Pastikan Sumber Air Dijaga - Anwar